Bab 6

Drama Completed 14128

BAB 6

"Zafran, sini kejap," laung Mak Esah.

"Tolong mak kutip baju dekat ampai tu. Nak hujan ni,"

"Yes boss!"

"Mana nak letak ni mak?"

"Sana atas katil,"

Tetiba terdengar suara orang ketawa.

"Owh, ada tetamu rupanya di dalam rumah," bisik Zafran.

"Zafran dah letak baju tu, mari sini,"

Laju sahaja Zafran melangkah ke depan.

"Ini lah Zafran," Mak Esah menunjukkan anak terunanya kepada Mak Gayah.

Disebelah Mak Gayah, ada Syifa.

Mata mereka bersatu.

Kedua-duanya hanya tersenyum dan tergamam.

"Adui mak aku ni, kata nak pergi pasar. Tak semena-mena singgah rumah Mak Esah," cebik Syifa di dalam hati.

"Syifa kenal tak Zafran?"

'Kenal Mak Esah,"

"Ha baguslah kenal. Pergilah sana berbual. Mak Esah ada benda nak cakap degan mak kau ni," arah Mak Esah.

Syifa mengeluh. Zafran angkat kaki.

"Abang dah lama sampai?"

"Bolehlah tahan, Syifa buat apa sekarang?"

"Syifa tengah tunggu panggilan masuk U,"

"Apply mana?"

"UiTM,"

"Ambil course apa?"

"Banking,"

Kemudian perbualan terhenti di situ.

Zafran ternampak kelibat Atan yang sedang berjalan membawa raga kuih.

"Syifa duduk lah, abang nak jumpa Atan kejap,"

"Atan...Atan...Atan..." laung Zafran

"Aisehman, laju jalan. Abang panggil pun tak dengar. Mujur sempat kejar,"

"Eh abang, hehehehe. Sorry. Saya ni memang jalan laju,"

"Nak pergi menjual dah ke?"

"Haah,"

"Abang nak tengok kuih,"

"Wah ada seri muka, feveret abang ni Tan,"

Atan meletakkan raga kuih ke bawah.

Dia tunduk mengambil 4 ketul kuih seri muka dan memasukkannya ke dalam plastik.

"Nah ini untuk abang,"

"Kejap abang masuk rumah ambil duit,"

"Tak payah bang, Atan belanja. Lagipun abang customer pertama,"

"Heh, mana boleh. Abang beli, awak tu meniaga,"

"Kan abang kata kita tak perlukan sebab untuk sedekah,"

Berat pula hati Zafran menerima kata-kata itu.

"OK, abang ambil. Kali ni je tau, lain kali abang bayar, Kalau Atan tak nak ambil duit, nanti abang tak nak beli dah,"

"Baik bang, Atan jalan dulu ya,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience