Bab 3

Drama Completed 14128

BAB 3

"Adeh....adeh....sakit," jerit Rizal seperti budak perempuan.

"Kalau kau tahu sakit, baik kau jangan kacau lagi Atan lepas ni," kata Zafran.

"Kitaorang saja je main-main dengan dia," Zaidi cuba melepaskan diri.

"Owh, main-main. Kalau macam tu bolehlah aku pulas tangan kau ke belakang macam ko pulas tangan dia tadi. Aku pun main-main jugak,"
balas Zafran.

"Lariiiiiiiiiii," mencecet Rizal lari meninggalkan Zaidi di situ.

Zafran mengutip semua duit yang bersepah di atas tanah dan menyerahkannya kepada Atan.

"Atan nah ini duitnya,"

"Terima kasih abang Zafran, bila abang balik?"

"Abang baru sampai semalam,"

"Kau tak apa-apa ke Atan?" Zafran cuba melihat kalau-kalau Atan cedera.

"Saya ok je bang. Lagipun saya dah biasa,"

"Maksud kau? Budak-budak kutu rayau tu selalu mengacau kau?"

Di saat ini air mata Atan mahu tumpah. Bergenang di kelopak matanya.

"Nah ambil RM 50 ni, abang sedekah untuk mak Atan,"

"Eh kenapa abang?"

"Atan, kita tak perlukan sebab untuk bersedekah,"

"Ambil ni, tadi abang dengar kau nak beli tepung untuk esok. Jom lah kita jalan sama-sama,"

"Baiklah abang," patuh Atan mengikut langkah Zafran.

"Dah banyak berubah kan kampung kita,"

"Semakin maju abang tengok, tapi malangnya manusia macam Zaidi dan Rizal masih lagi di takuk lama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience