Bab 13

Spiritual Completed 9119

Puan Mama membelek laci almari Anisah Humaira. Menyusun beberapa buku diari anaknya. Dia belum cukup kuat untuk membelek segala diari itu. Takut diri jatuh dahulu sebelum sempat habiskan membaca.

Tiba-tiba tangannya menyentuh sesuatu yang sejuk. Diambil keluar. Telefon bimbit anaknya. Puan Mama cuba menghidupkan. Bateri masih penuh. Cuma tiada kad sim. Entah mengapa, jarinya tergerak untuk membuka aplikasi whatsapp.

Kosong.

Hanya satu mesej. Teratas sekali.

Dari Al-Banna.

Puan Mama membuka mesej Al-Banna. Dicari dan dibaca dari mesej pertama. Hanya dari al-Banna. Langsung tiada balasan dari Anisah Humaira. Satu persatu mesej yang dibaca, membuatkan Puan Mama berkerut dahi. Anaknya tak meluahkan masalah. Namun, Al-Banna memberi nasihat dan penguat tepat dengan apa yang anaknya sedang hadapi.

Puan Mama masih ingat hari di mana Anisah Humaira benar-benar bertekad untuk berhenti dari meneruskan persekolahan. Masih terngiang suara tangisan Anisah Humaira. Memang berat untuk Puan Mama dan Encik Papa bersetuju. Disuruh sahaja Anisah Humaira berehat.

"Anisah Humaira, jangan putus asa. Anisah Humaira kena kuat. Syukuri peluang belajar yang Allah beri. Itu cuma sedikit ujiannya, Anisah Humaira. Bayangkan saudara kita di Palestin. Hendak belajar pun, dibom, ditembak. Kuatlah Anisah Humaira, kuatlah kerana Allah!" -Al-Banna

Ayat Al-Banna itu diyakini oleh Puan Mama sebagai penyebab Anisah Humaira bertukar fikiran. Patutlah Puan Mama melihat, Anisah Humaira tenang menjalani harinya walau dipenuhi dengan ujian berliku. Ada yang sentiasa memberi nasihat. Selalu dan selalu.

Puan Mama terus membaca setiap bait kata Al-Banna sehingga mesej terakhir. Barulah Puan Mama sedar rupanya Al-Banna memberi nasihat di awal dulu, bukan sebagai seorang yang dikenali Anisah Humaira. Namun, katanya sungguh bermotivasi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience