Bab 1

Spiritual Completed 9119

SURAT tawaran ke tingkatan 6 itu dibaca berulang-ulang. Hatinya berbolak-balik. Mahu terima atau tidak. Yang difikirkannya selama ini hanya universiti. Tetapi, mengenangkan kos yang agak mahal dan hidup dalam serba kekurangan, dia tidak mahu bebankan keluarga.

Kata Puan Mama, terimalah tawaran itu. Encik Papa pun cadang yang sama. Along dan angah pun suruh terima. Adik? Walau tak terlalu faham, dia suruh terima juga. Sebenarnya, dipengaruhi oleh abang-abangnya.

Anisah Humaira buntu sendirian. Berhari-hari memikirkan benda yang sama. Berhari-hari mendengar saranan yang sama. Dia bukanlah terlalu benci tingkatan enam pun. Cuma dia takut tak dapat bawa. Lantas dia bermesej dengan guru kaunselingnya.

"Assalamu'alaikum, cikgu." - Nisa Maira

"Waalaikumussalam. Ya, Nisa. Ada apa pm saya tiba-tiba? Rindu saya? Haha." -Cikgu Sarah

"Rindu sangat... Hehe... Saya dapat tawaran form six. Tak tahu nak ikut ke tak. Saya takut tak dapat bawak." -Nisa Maira

"Tahniah. Eh, awak ni macam bukan Nisa pulak." -Cikgu Sarah

Mesej dari Cikgu Sarah memeranjatkannya. Mengapa pula Cikgu Sarah katakan yang dia bukan Nisa?

"Kenapa cikgu kata macam tu?" -Nisa Maira.
"Nisa yang saya kenal, berhati kuat. Cabaran apa pun, dia tetap akan buat. Berat macam mana pun, dia tetap mencuba. Nisa yang saya kenal tak pernah kenal erti putus asa. Jadi, 'takut tak boleh bawa' itu hanya satu sisi dalam fikiran. Maybe saya perlu katakan, 'saya cabar awak ambil form six!' So, macam mana?" -Cikgu Sarah

"Cabaran cikgu buat saya betul-betul tercabar. Saya akan terima tawaran form six tu." -Nisa Maira

"Saya nak pesan, terima dan belajar bersungguh, ikhlas kerana Allah. Bukan hanya kerana cabaran saya. Mama dan papa awak macam mana? Apa pendapat mereka tentang ni?" -Cikgu Sarah

"Mama dan papa saya galakkan sangat saya terima tawaran ni." -Nisa Maira

"Ha, baguslah tu. Awak dah ada redha mereka. InshaaAllah, awak boleh lalui liku form six." -Cikgu Sarah

"Masheh, cikgu." -Nisa Maira

"Kejap lagi pos laju akan sampai rumah kamu. Hadiah dari saya. Harap awak suka." -Cikgu Sarah

"Betul ke cikgu?" -Nisa Maira

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience