Bab 5

Spiritual Completed 9119

Satu chat masuk dari sahabatnya. Sahabat baiknya itu tiada whatsapp. Tiada wechat. Tiada fac. Tiada instagram. Hanya telefon nokia biasa. Namun, tak pernah sahabatnya itu merungut. Kerana tawadhuknya seorang sahabat, Anisah Humaira jadi tak kisah habis kredit bermesej dengan sahabatnya.

"Salam. Macam mana first day?" -Asiah

"Wassalam. Teruk!" -Anisah Humaira

"Kenapa dear? Nak share tak?" -Asiah

"Jom otp." -Anisah Humaira

Anisah Humaira membuat panggilan ke nombor sahabatnya. Tidak lama kemudian, panggilan berjawab.

"Assalamu'alaikum my dear... Kenapa hari ni?" Asiah memulakan.

"Wa'alaikumussalam. Oh my... Miss you. Tak ada langsung orang dekat tadi. Tak selesa la sekolah situ. Rasa nak berhenti." Cerita Anisah Humaira.

"Eh... jangan macam tu... Mujahadah dear. Jalan perubahan memang tak mudah. Tapi, kalau kita yakin janji Allah, inshaaAllah kita kuat." Pujuk Asiah.

"Kalau Asiah ada dekat sini, Nis dah peluk nangis dah." Anisah Humaira sebak.

"Anisah Humaira... La tahzan. Innallah ma'ana. Nis jangan putus asa. Hari ni mungkin dorang rasa pelik. Lama-lama, inshaaAllah mereka tertarik. Inilah masanya berdakwah dengan akhlak." Balas Asiah.

"Dakwah? Nis pun tak cukup baik lagi. Tak layak." Ujar Anisah Humaira.

"Nis... Aslih nafsak, wad'u ghairak. Perbaiki diri dan ajaklah yang lain. Kita tak nak masuk syurga sorang-sorang kan? Kita nak masuk ramai-ramai kan?" Lembut Asiah bersuara.

"Mampu ke Nis buat semua tu?" Tanya Anisah Humaira.

"Nis mampu. Yang penting, jangan anggap mereka yang benci atau pandang pelik Nis sebagai musuh. Tapi, jadikan mereka sasaran dakwah. Ini peluang besar, Nis." Asiah memberi semangat.

"Thank you, Asiah. Nanti bagi ingatan selalu ye." Ujar Anisah Humaira.

"InshaaAllah, Nis. Qowwiy lillah. Assalamu'alaikum."

"Wa'alaikumussalam." Talian dimatikan. Anisah Humaira sedikit bersemangat.

'Islam itu datang dalam keadaan asing, dan akan kembali asing. Berbahagialah menjadi yang asing itu, sahabat. Siapa tahu, ia menjadi asbab ke syurga-Nya.' -Asiah.

Anisah Humaira tersenyum membaca pesanan ringkas dari Asiah. Ya, berbahagialah dia menjadi asing di kala orang lain sibuk mengejar arus kemodenan dunia. Mengikut telunjuk barat dari syariat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience