Bab 2

Spiritual Completed 9119

Tinn! Tinn!

Terdengar bunyi hon dari luar rumah. Telefon bimbit ditinggalkan. Tudung disarungkan dan terus sahaja dia melangkah ke muka pintu utama. Pintu dibuka. Seorang lelaki berbaju uniform menghulurkan barang dan meminta tandatangannya. Setelah selesai, Anisah Humaira kembali ke bilik.

Bungkusan yang diterima, dibuka. Tak sabar ingin tahu hadiah dari guru kesayangannya. Sehelai tudung dan blouse. Tudung mesir petak kecil berwarna hijau gelap itu ditenung. Cantik. Memang kegemarannya. Sehelai blouse berwarna hijau muda sangat sesuai untuk dipadankan.

Anisah Humaira mencuba. Dicari kain berwarna hitam. Disarungkan blouse unik itu. Dicuba tudung labuh itu. Memandang cermin besar di hadapan. Dia terasa seperti seorang yang lain. Hatinya diselubungi rasa sebak.

"Aku ke ni?" Disentuh kedua pipinya.

Anisah Humaira seperti tidak percaya dengan dirinya sendiri. Telefon bimbit dicapai. Gambar diambil. Segera dihantar ke whatsapl cikgu Sarah.

"Cantik awak pakai macam ni. Suka saya tengok." -Cikgu Sarah

"Thanks cikgu. Saya suka sangat." -Nisa Maira

"U're welcome. :)" -Cikgu Sarah

Anisah Humaira masih membelek dirinya di hadapan cermin. Bertudung labuh untuk pertama kalinya membuatkan dia merasa selesa namun, hatinya belum cukup bersedia. Anisah Humaira tidak bersedia kehilangan kawan, Anisah Humaira tidak bersedia dicemuh, dihina. Anisah Humaira tidak begitu kuat. Anisah Humaira takut dengan pelbagai kemungkinan yang akan berlaku sekiranya dia berhijrah.

"Cikgu... :'( " -Nisa Maira

"Laa... awak sedih kenapa pulak ni?" -cikgu Sarah

"Saya takut nak pakai labuh-labuh ni. Nanti mesti kawan-kawan lari." -Nisa Maira

Anisah Humaira menanti balasan dari Cikgu Sarah. Seminit, dua minit, masih typing. Anisah Humaira masih fokus. Mengharap ada sedikit kata semangat dan motivasi dari seorang guru yang paling rapat dengannya. Lima minit selepas itu, Anisah Humaira menerima mesej panjang dari Cikgu Sarah.

"Awak tak boleh berfikiran begitu, Nisa. Awak kena positif. Masalah kehilangan kawan tu, awak fikir dalam-dalam. Kalau awak hilang seribu kawan, saya yakin sahabat awak tak aka meninggalkan. Bila nama kawan, biasalah tinggalkan kita. Tapi, tidak sahabat. Sahabat itu akan setia walau apa jua keadaan kita. Walaupun kita seorang yang teruk, sahabat akan terus tarik kita dari terus teruk ke arah yang lebih baik. Kerana konsep sahabat ni, bertemu, bersama dalam apa jua keadaan dan berpisah hanya kerana Allah. Siapa nak masuk syurga sorang-sorang, Nisa? Begitulah apa yang saya rasa. Saya nak, anak murid kesayangan saya bukan hanya menjadi kesayangan di dunia, malah berjiran di syurga. Awak jangan jatuh kerana 10 yang menghina, sebab awak masih ada seratus yang menyokong. Awak kenanglah semula kisah perjuangan Nabi membawa Islam hingga sampai kepada kita hari ini. Bukan sahaja dihina, malah dibaling batu. Apalah sangat ujian kita ni, Nisa. Saya tahu, awak kuat." -Cikgu Sarah.

Membaca kata-kata dari Cikgu Sarah membuatkan air mata Anisah Humaira deras mengalir. Sungguh, Cikgu Sarah bicarakan, segalanya betul. Ayat Cikgu Sarah sangat-sangat menyentuh hati Anisah Humaira. Dia tiba-tiba jadi semangat untuk berubah. Dia sudah tidak kisah apa orang kata, asalkan apa yang dia buat, kerana Dia! Yang dia buat, benar belaka!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience