Bab 3

Spiritual Completed 9119

Tudung dan blose ditanggalkan semula. Anisah Humaira terus mendapatkan Puan Mama dan Encik Papa yang sedang berdating di taman belakang rumah. Ganggu sekejap.

"Mama... Papa... Sorry kacau." Ujarnya. Puan Mama dan Encik Papa tersenyum sahaja.

"Anis nak masuk form six." Kata-katanya menambahkan lebar senyuman di bibir Encik Papa dan Puan Mama.

"Betul ni? Okey, jom cari barang." Excited Encik Papa mendengar kata-kata anaknya.

"Tak payahlah papa. Ada lagi last year punya barang. Pakai je yang tu." Balas Anisah Humaira.

"Betul ni? Kasut?" Tanya Puan Mama pula.

"Kasut pengawas tahun lepas tu muat lagi, Ma." Jawab Anisah Humaira. Puan Mama hanya membalas dengan anggukan.

"Moga anak Mama dan Papa berjaya dalam form six!" Ujar Encik Papa bersemangat.

"Apa? Anis ambik form six?" Along tiba-tiba muncul.

"Bagus Anis. Keputusan terbaik untuk Anis. Nanti Angah belanja baju baru." Angah menyampuk. Anisah Humaira tersenyum.

"Kak Chik masuk form six? Yeah! Jumpa la nanti dekat sekolah Zubair." Ujar adiknya gembira.

Dalam adik beradik Anisah Humaira, hanya dia perempuan. Yang lain lelaki. Alongnya, Zakwan. Angahnya, Zarif. Adiknya Zubair. Namanya sahaja yang terlajak special. Di rumah panggil Anis dan Kak Chik. Di sekolah panggil Nisa. Mungkin form six ini dia akan dipanggil Maira pula.

Malam itu, Anisah Humaira melayan whatsapp sahaja. Berborak dengan sahabat-sahabat yang sudah lama tidak ditemui. Rindu tak terkata. Walaupun keputusannya adalah menerima form six, tetap ada sesuatu yang dirunsingkan. Selama ini, dia duduk di sekolah yang semuanya perempuan. Tapi, kali ini dia akan bersekolah di sekolah yang ada pelajar lelaki. Jujur, dia tak biasa. Dia tak selesa.

"Assalamu'alaikum. Tahniah Anisah Humaira dapat form six. Belajar rajin-rajin. Ingat, tajdid niat hari-hari. 'Aku belajar kerana Allah'. -011-23456789

Anisah Humaira pelik menerima mesej dari satu nombor yang tak dikenali. Anisah Humaira mengabaikan chat itu. Namun, nasihat dari nombor itu amat berguna. Disemat kemas dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience