Bab 7

Spiritual Completed 9119

"Assalamu'alaikum. Anisah Humaira. pegang janji Allah. Tabah okey. Tolong agama Allah, Allah akan tolong Anisah Humaira. Moga dalam peliharaan Allah." -011-23456789

Malam itu, sekali lagi dia menerima chat dari nombor yang sama. Semakin kuat hatinya untuk meneruskan perjuangan. Walau dia tak kenal dan tak ingin kenal, dia yakin insan itu adalah insan baik yang mengenalinya. Yang Allah hantar untuk meminjamkan keuatan walau hanya dengan kata-kata.
Sejak dari itu, pelbagai pesanan dan nasihat yang dia terima. Pernah sekali, dia terasa down akibat dipulau. Dia bukan begitu kuat menahan. Digelar ustazah, orang alim dan macam-macam lagi. Namun, saat itu insan yang tidak dikenali itu memberi kata semangat.

"Assalamu'alaikum. Saya yakin Anisah Humaira kuat. Walau dicerca, dihina, teruslah kuat. Anisah Humairah bertudung labuh kerana Allah, kan? Jadi, Anisah Humaira mungkin dikeji gadis lain, tapi Allah pelihara Anisah Humaira dari pandangan nafsu mata lelaki. Anisah Humaira tetap dilindungi. Jangan putus asa!" -011-23456789

Kesannya, Anisah Humaira tetap bertahan hingga kini. Hari terakhir di tingkatan 6. Memang sakit terpijak duri, namun bila redha dan sabar, akhirnya duri dapat dicabut. Memang perit bila tersesat di hutan, namun bahagia saat berjumpa jalan keluar. Begitulah hidup. Memang pahit di dunia, namun kerana sabar dan taqwa, akhirat kampung abadi paling bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience