BAB 3

Romance Completed 22558

“ Cantiknya kau Ida. Terpegun aku.” Pujiku sambil tersengih.

“ Janganlah puji lebih-lebih. Kembang punggung aku jap gi. Siapa susah? Aku juga..”

Kami bertiga ketawa serentak. Hurmm.. Lepas ni maybe dah susah nak jumpa dengan Ida ni. Antara kami tiga orang, Ida lah yang paling kelakar. Untung siapa jadi suaminya nanti.

“ Mairah. Hairul cakap nanti dia datang dengan Yazman. Sekali dengan kawan dia tu. Aku tak kenal pula siapa kawan Yazman tu.”

Aik? Asal yang Umairah tersengih-sengih dekat aku ni. Pelik!

“ ada bakal tunang kau cakap untuk apa nak bawa Yazman datang?” Soalnya sambil tersengih. Apa ke peliknya minah ni? Tiba-tiba je sengih-sengih.

“ Entah. Tak pula. Kenapa erk?”

Tangannya memaut bahuku dengan mesra.

“ nak kenalkan dengan sepupu kau ni ha. Kan dia sorang je yang belum berpunya di antara kita. Jadi aku nak tolonglah.”

Aku tersentak. Itu rupanya. Patutlah daripada tadi asyik tersengih je kerjanya. Nak kenakan aku lah tu.

“ Oh. Bagus-bagus. Dia pun masih belum berpunya. Aku rasa diorang secocoklah.”

Aku mencebik geram. Mula dah sesi mengusik mereka. Kalau mereka berdua bergabung kan? Aku kalah. Aku sudi mengalah terlebih dahulu daripada lawan cakap mereka. Sebab mereka ada je idea nak usik aku.

“ Dahlah! Malas nak layan korang ni. Aku pergi depan dulu. Nak tengok majlis dah bermula ke belum.”

Aku mengelak dengan keluar daripada bilik Ida. Menyampah! Tak habis-habis cakap soal aku kan?

“ Ana!”

Aku mendengar laungan mak dari dapur. Jadi aku melangkah ke dapur dengan cepat. Tengok-tengok bukan mak je yang ada. Turut ada dekat situ dua orang jejaka muda. Ceh wah! Haha!

“ Ada apa mak?” Soalku. Teringin juga aku nak tengok wajah diorang. Tapi segan. Nanti diorang kata apa pula.

“ Bawa dua orang ni jumpa dengan Ida. Kawan katanya.”

Aku tersentak. Kawan? Jangan-jangan….

“ Ana! Dengar tak ni?” Aku cepat-cepat melihat ke arah mereka dengan sengihan kecil.

“ Silakan..”

Aku terus memusingkan badan untuk masuk ke dalam bilik Ida. Haih! Asal mak suruh aku! Haish! Nanti habislah aku kena usik lagi. Tak apa. lepas mereka masuk aku lari lah keluar. Hah! Bagus!

“ ni biliknya. Masuklah..” Jemputku.

Dan sebaik sahaja diorang masuk, aku pun apa tunggu lagi. Larilah ke dapur. Fuh! Nasib Umairah dan Ida tak perasan. Ceh! Aku pun tak sempat nak tilik wajah diorang baik-baik. Gugup punya fasal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience