BAB 12

Romance Completed 22558

Penatnya menunggu. Betul ke Yazman nak jumpa aku ni Mai? Dah 10 minit berlalu tapi kelibat dia pun tak nampak lagi. Kang aku balik baru tahu.

“ Sorry!”

Aku menoleh ke kiri. Sampai pun kau.

“ tak apa. tunggu sampai cair pun tak apa.” Sindirku dengan senyuman.

“ hehe.. jalan sesak tadi.” Ujarnya sambil tersengih lalu duduk di hadapanku.

“ Ada apa awak nak jumpa saya erk?” Soalku terus terang. Aku tak mahu berbasa-basi. Aku nak cepat.

“ Ada sesuatu saya nak beritahu awak. tapi saya harap awak tak terkejut.”

Aku mula rasa lain. Nak beritahu apa pula ni?

“ Cakaplah.” Suruhku apabila dia mula berdiam diri dan memandang ke arahku. Ni yang buat aku rimas.

“ Sebenarnya saya suka dekat awak.”

Dan aku terdiam seribu bahasa. Dia suka dekat aku? What? And why?

“ Saya suka dekat awak saat pertama kali lagi berjumpa. Saya tahu saya dah jumpa cinta sejati saya. Orangnya adalah awak.”

Aku terteguk air liur. Dan rasanya perit sekali. Kenapa aku perlu dengar pengakuannya. Andai saja dia tahu aku suka dekat kekasih orang.

“ maaf awak. tapi saya tak boleh.”

“ Tak apa. ambil masa awak.” Dia menghalangku daripada terus berkata-kata.

Aku pantas menggeleng. Aku perlu berterus-terang. Aku tak nak dia merana tunggu jawapan aku.

“ Maaf Yaz! Saya cintakan orang lain. Bukan awak.” Ujarku dalam satu nafas.

Dan kelihatan riak kecewa pada wajahnya. Maafkan saya Yaz. Tapi saya mencintai Iskandar.

“ Siapa?” Aku tunduk memandang gelas.

“ Seseorang. Maaf saya tak boleh beritahu.” Biarlah ia menjadi rahsia. Hanya aku, Umairah dan Allah saja yang tahu.

“ Tak apalah. Nak buat macam mana. Kita tak ada jodoh.” Ujarnya hampa.

“ I’m sorry Yaz.” Pohonku dengan rasa serba salah.

“ tak apa. saya faham. Maaf.. saya nak pergi toilet jap.”

Aku hanya memerhatikan dia berlalu ke toilet. Pasti dia kecewa kan? maafkan saya!

Aku rasa aku perlu pergi. Aku tak nak dia kecewa tengok rupa aku ni. Tapi baru saja aku nak bangun, datang seseorang yang aku sendiri tak menyangka dengan keadaan yang termengah-mengah ke arahku.

“ Awak?” Apa yang Iskandar buat dekat sini?

“ Ikut saya!”

Dia terus menarik lenganku agar mengikutinya. Sampai saja di luar restoran, dia melepaskan pegangan lalu memerhatiku dengan tajam.

“ Apa yang Yaz cakap tadi?”

Aku tertoleh ke dalam restoran. Kelihatan Yaz memerhati kami dari jauh. Kemudian dia keluar ikut pintu belakang. Alamak! Pasti dia marah sebab aku tinggalkan dia lalu ikut si Iskandar ni.

“ Kenapa nak tahu?” Soalku kembali.

“ Sebab saya nak tahulah. Beritahu lah!”

Aku tersenyum sinis. Menyibuk nampak!

“ Dia luahkan perasaan dekat saya. Dia kata dia suka dekat saya.” Luahku dengan memandang ke arah lain.

Kedengaran dia merengus kasar ke arah lain selepas mendengar kata-kata ku. Eh? Asal ni?

“ Awak okey ke?” Soalku risau.

Tiba-tiba dia mencengkam bahuku. Itu membuatkan hati aku kembali berdebar-debar.

“ Awak cintakan dia?” huh! Soalan jenis apa ni?

“ Kenapa awak nak tahu sangat ni?” Aku tepis tangannya ke tepi.

“ Sebab saya sayangkan awak!”

Aku terkaku. Tergamam. apa? dia cakap dia sayangkan aku? Apa aku tak salah dengar tadi kan?

“ Ya! Awak tak perlu terkejut sebab saya sayangkan awak. saya mencintai awak Ana.”

Dia merenungku dengan dalam. Aku juga dapat kesan keikhlasannya ketika meluahkan rasa itu. Aku tahan dari senyum.

“ Apa yang awak merepek ni? Kan awak dah ada kekasih?”

“ Tak! Saya tak tipu! Saya mencintai awak. Yuni pun sedar perubahan pada diri saya saat saya jumpa dengan awak tempoh hari. Please.. Percaya kata-kata saya ni.”

Air mataku bergenang. Ya Allah. Dia tak bohong kan? betul kan? jadi aku tak bertepuk sebelah tangan kan? berapa banyak kan lah.

“ tapi saya dah terima cinta dia.” Sengaja aku ingin mengujinya.

“ Awak tolak! Please.. Saya tahu awak pun rasa apa yang saya rasa kan?”

Aku tersenyum juga akhirnya. Dia dapat tahu isi hati aku?

“ macam mana?”

“ Masa malam tu. Kita tengok bintang tu. Masa awak tipu kata telefon rosak. Saya tahu telefon awak tak rosak dan sebenarnya Aisya yang buat kita berjumpa. Aisya sengaja telefon kita dan kata takut sedangkan dia ada dekat luar masa tu. Dia sengaja nak mempertemukan kita. Sebab saya ada beritahu dia yang saya suka dekat awak.”

Aku terlopong. Patutlah Aisya tu cepat sangat ada dekat luarnya dan si Iskandar ni ada dekat situ.

“ Tak sangka kan? dia pun faham perasaan kita ni.” Ujarku lalu tertawa kecil. Bahagia.

“ jadi? Awak dapat terima cinta saya tak?”

Melihat dia yang bersungguh-sungguh ingin tahu tu kan? aku rasa nak tergelak pula. Ya Allah.

“ Hurmm… tunggu awak datang merisik dulu lah baru saya terima.” Ujarku bersahaja lalu memusingkan badan untuk beredar.

“ Saya datang merisik awak hujung minggu ni! Tunggu saya!”

Di saat-saat akhir, ketika aku hampir berputus asa untuk terus mencintainya. Dia datang dan menyambut cintaku. Ya Allah. Terima kasih kerana kau kabulkan doaku. Moga-moga jodoh kami berkekalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience