BAB 7

Romance Completed 22558

Kedebuk!

“ Aduh!”

Habis berterabur buku anak-anak muridku ke lantai. Aku pula terduduk di sebelah buku-buku tersebut. Sakit jangan cakaplah.

“ maaf! Saya tak sengaja cikgu!”

Erk! Macam aku kenal suara tu. Jadi aku pantas mendongak. Ya Allah. Iskandar?

“ Ana?”

Aku bangun dengan perlahan-lahan. Masih rasa sengal di pinggang.

“ Apa yang awak buat dekat sini?” Soalku sambil mengutip buku-buku yang berterabur. Mujur laluan ke pejabat ni tak ada orang lalu lalang. Cuma pekerja-pekerja kantin je.

“ Nak jemput anak saudara balik.”
Oh! Aku ingatkan anak. Cis! Jealous lagi. Hish! Tahap bahaya dah ni.

“ terima kasih. Kalau begitu saya pergi dulu.” Aku minta diri.

“ eh? Tunggu!”

Aku melihatnya dengan jongketan di kening.

“ Ini nombor telefon saya. Kalau ada apa-apa telefon je saya. InysaAllah saya akan cuba tolong.”

Aku teragak-agak nak menyambut. Dia dah berpunya! Aku tak boleh. Tak!

“ tak apalah.”

Belum sempat dia nak menjawab, aku terus berlalu dengan pelbagai rasa. Aku nak lupakan dia lah! Please..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience