BAB 9

Romance Completed 22558

“ Aisya? Kenapa rumah Aisya gelap? Aisya ada dekat mana ni?”

Aku menelefonnya kembali apabila sampai di depan rumah Aisya tapi gelap je aku tengok. Takkan Aisya duduk dalam gelap?

“ Cikgu! Ala.. Aisya lupa nak beritahu cikgu yang mama dan papa dah balik tadi. Sekarang Aisya ada dekat luar. Maaf kan Aisya cikgu sebab lupa beritahu cikgu.”

Aku tersenyum lega. Baguslah dia tak apa-apa.

“ tak apa sayang. Asalkan kamu baik-baik saja. Okeylah. Cikgu balik dulu ye sayang.”

“ Okey cikgu!”

Aku tergeleng-geleng saat mengingat kembali kerenah Aisya. Tapi Aisya satu-satunya anak murid yang baik dan petah bercakap dengannya. Sebab tu lah aku boleh jadi rapat dengan dia.

Aku melihat ke luar tingkap. Haish! Sunyi je jalan ni. Takut pula aku keluar malam-malam ni. Kalau tak kerana Aisya. Aku tak datang dah.

Tok! Tok! Tok!

“ Opocot mak kau balik kampung! Eh!”

Ish! Kus semangat. Siapa yang memandai ketuk tingkap kereta aku ni? Jangan nak menakutkan aku boleh tak? Dengan perasaan takut, aku menurunkan tingkap.

“ Wargh!”

“Argh!”

“ haha..Saya lah. Iskandar!”

Aku mengurut dadaku perlahan. Kurang asam betul mamat ni. Cis! Buat meremang bulu roma aku jelah.

“ Ish! Awak ni kan?”

Dia masih ketawa. Tapi hairan juga. Macam mana dia tahu aku ada dekat sini?

“ Awak buat apa dekat sini?” Soalku lalu keluar daripada kereta. Takkan nak duduk dalam kot sambil bersembang dengan dia.

“ Saya datang nak cari Aisya. Tapi saya ternampak kereta awak. Jadi saya datang jenguklah. Mana tahu awak dalam bahaya ke?”

Aku tersenyum. Yeke?

“ Aisya tak ada. Dia keluar dengan family dia. Baru saya telefon tadi tanya dia.” Balasku sambil menyandar pada pintu kereta.

Dia turut menyandar tapi jauh sikit daripada aku.

“ hurmm.. Cuba awak dongakkan kepala awak ke atas.”

Aku menurut. Wah! Ada banyak bintang malam ni. Cantiknya!

“ Cantik kan? Kalau awak nak tahu, aktiviti saya malam-malam kalau free mesti tengok bintang. Kadang-kadang saya kira bintang tu sampai tertidur. Haha..”

Dia terlalu istimewa buatku. Sebab itulah aku boleh suka dekat dia. Dan kini aku rasa rinduku berbalas selepas berjumpa dengan dia dan tengok senyuman dia tu.

“ Awak… Betul ke awak dah berpunya?”

Erk! Asal aku soal dia macam tu? Hish!

“ Hurm.. Dah tapi macam belum. Kami ni macam kawan biasa je.”

Dahiku berkerut. Dah tapi macam belum? Apa maksudnya?

“ Awak mesti tak faham. Tak apalah. Anyway! Kenapa awak tak terima nombor telefon saya masa tu?”

Aku terkedu. Erk! Apa aku nak jawab erk? Alasan! Cepat datang.

“ Saya nak cepat. Lagipun ada mesyuarat guru masa tu. Maaf.” Fuh! Nasib idea bernas.

“ Oh. Sekarang awak ambil nombor saya.”

Aku melihat dia ingin mengambil sesuatu dalam poketnya.

“ Eh! Tak payah!” halangku cepat-cepat. Dan dia merenungku tajam.

“ Kenapa pula? Awak tak sudi berkawan dengan saya erk?”

Alahai! Rasa bersalah pula bila dia soal macam tu. Bukan tak sudi tapi aku takut aku tak dapat kawal perasaan aku ni.

“ Bukan! Sebab telefon saya rosak. Saya pasti kita tak dapat berhubung. Jadi awak simpan jelah telefon tu.” Ujarku memberikan alasan. Boleh pakai ke?

“ Rosak? Habis awak telefon Aisya guna telefon siapa?”

Erk! Aku seperti baru ditumbuk. Alamak! Kantoi! Apa aku nak jawab ni?

“ i..itu telefon kawan saya. Saya pinjam buat sementara.” Bohongku dengan sengihan. Harap-harap dia percayalah.

“ Okey fine.”

Fuh! Aku kembali mendongak ke langit.

“ Awak.. Kenapa kita dapat bertemu? Ini dah masuk kali ketiga kita berjumpa. Kali kedua terserempak secara kebetulan. Adakah kita ada jodoh?”

Soalannya itu membuatkan lidahku kelu untuk menjawab. Kalaulah dia tahu apa perasaan aku sekarang ni.

“ Entahlah…”

“ Awak!” Aku tersentak apabila dia memanggil aku dengan kuat.

“ Apa?! kalau panggil tu jangan panggil kuat-kuat boleh tak?” Marahku. Tapi dia hanya tersengih.

“ saja. Awak comel bila marah.”

Erk! Aku terpempan. Please.. Dia membuatkan aku bertambah sayanglah. Argh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience