BAB 8

Romance Completed 22558

Makin hari makin parah aku rasakan. Aku kini telah sedar perasaan sebenarku terhadap Iskandar. Ya! Aku benar-benar dah jatuh cinta dengan dia. Aku tak tahulah macam mana boleh jadi macam ni. Tapi aku merindui dia. Kali terakhir aku terserempak dengan dia pun masa dekat sekolah tu jelah.

Lepas tu dah tak ada. Sampai ke hari ni. Hampir 2 minggu juga berlalu. Ya Allah. Macam mana ni? Dia tu dah berpunya. Aku jatuh cinta pada orang yang salah.

“ Ana..”

Aku menoleh saat namaku dipanggil. Umairah memerhati keadaanku dengan senyuman hambar. Asal?

“ Kau rindu dia kan?” aku tersentak.

“ Siapa?” Takkan dia sedar perasaan aku dekat Iskandar kot.

“ Iskandar. Kau suka dekat dia kan?”

Aku tunduk memandang jari. Nampaknya Umairah memang kawan yang sangat memahami.

“ Jangan nak bohong aku Ana.”

Aku mendongak lalu tersenyum kecil. Aku membuat anggukan kecil.

“ aku pun tak tahu tapi aku sedar. Semakin hari aku merindui dia, itu membuktikan aku memang mencintai dia.” Luahku terus terang.

“ Tapi. Aku tak mungkin boleh menjadi miliknya. Dia dah berpunya Mai. Aku nampak dia keluar dengan seorang perempuan tempoh hari.” Sambungku.

“ Aku yakin kau dan dia ada jodoh.”

“ Entahlah Mai.”

Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Itu membuatkan perbualan kami terhenti. Dengan pantas aku menjawab panggilan daripada Aisya iaitu anak murid yang paling rapat dengan aku.

“ Helo Aisya. Kenapa sayang?”

Umairah berlalu dari ruang tamu ke dapur. Maybe nak beri ruang untuk aku bercakap dekat telefon.

“ Cikgu! Tolong Aisya! Aisya takut..”

Aku terkejut saat mendengar suara Aisya yang cemas itu.

“ kenapa ni sayang? Apa dah terjadi? Cuba beritahu cikgu.”

“ Aisya takut.. Cikgu datang rumah Aisya boleh tak? Mama dan papa Aisya tak ada. Aisya takut..”

Aku dapat dengar tangisan kecil Aisya dari corong telefon. Aku mula risau memikirkan keadaan Aisya.

“ ya sayang. Cikgu datang. Aisya duduk rumah baik-baik. Kunci pintu. Jangan bagi orang yang tak dikenali masuk. Dengar tu?”

“ Baik cikgu.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience