BAB 1

Romance Completed 22558

“ RINDU AWAK!’’

“ Amboi kemain! Rindukan siapa tu?”

Fuhhhh! Aku tersenyum saat mendengar suara garau itu. Aik? Baru kata rindu dah muncul? Hebat betul penangan cinta ni!

“ Macam mana abang boleh ada dekat sini? Kata pergi kursus seminggu? Sekarang baru 2 hari.”

Bahuku dipautnya dengan sengihan nakal. Kemudian hidungku pula dicuitnya.

“ Abang pun tak tahulah. Sebab sayang kata rindu kot. Jadi abang tak jadi pergilah. Pergi 2 hari tu pun abang melancong je. Tak terlibat dengan kerja.”

Aku memandang sisinya. Ya Allah. Terima kasih kerana engkau satukan kami. Walaupun kami tak sangka sebenarnya kami ada jodoh. Ingatkan dulu aku dan dia takkan bersama. Yalah. Masa aku kenal-kenal dengan dia ada desas-desus mengatakan yang dia dah berpunya. Tengok-tengok satu hari dia yang datang luahkan perasaan dekat aku.

Terkejut jugalah. Tak sangka yang aku tak bertepuk sebelah tangan. Tapi Allah kan Maha Mengetahui? Dah tertulis di Loh Mahfuz yang kami berdua ditakdirkan untuk bersama.

“ Mengelamun je kerjanya.”

Aku tersenyum kecil lalu menghadap badanku ke arahnya. Dalam aku merenung ke matanya.

“ Tak sangka abang sukakan sayang ni. Bukankah abang dah berpunya?” Soalku sedangkan dah tahu pun jawapannya.

“ Masih ingat lagi ke?” Kepalaku dibelainya lembut.

“ Of course lah! Kenangan manis tu.”

“ yelah. Entahlah. Bila pertama kali nampak sayang masa tu. Hati abang ni tiba-tiba berdebar hebat. Kalah orang lari marathon tu ha. Dan taklah sedebar abang berdepan dengan Yuni tu. Abang pun pelik.”

Kalau aku ingat balik memang kelakar waktu tu. Aku ingatkan Cuma khayalan je. Rupa-rupanya aku betul-betul dah jatuh hati dekat dia.

“ Itu namanya cinta. Habis macam mana dengan Yuni?”

Sampai sekarang aku tak tahu macam mana dengan bekas kekasih suami aku ni. Dah tak dengar berita selepas suami aku datang luahkan perasaan dekat aku waktu tu.

“ Dia dah selamat bertunang dengan pilihan hatinya. Sebelum abang pergi luahkan perasaan dekat sayang tu kan? Dia datang jumpa abang dan menjelaskan semuanya. Sebenarnya dia jadi kekasih abang ada sebab. Sebab dia ingin dapatkan kepastian adakah kakak abang tu kakak tiri dia. Abang pun susah nak percaya. Marah tu adalah juga.”

Aku terdiam. Oh!

“ Tapi bila dia dah memohon maaf dan dia cakap tentang perasaan abang tentang sayang. Abang baru sedar yang abang sangat mencintai sayang. Dia pun dapat kesan sepanjang abang kenal dengan sayang. Dia kata dia mencintai orang lain.”

“ Jadi abang maafkan dia?”

“ Ye. Abang rasa abang pun bersalah sebab abang cintakan sayang. Kami dua-dua salah jadi kami masing-masing minta maaf.”

Alhamdulillah. Baguslah kalau macam tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience