Rate

BAB 6

Romance Completed 589

Kini lapangan terbang di cardoba aku perhatikan, kalau dulu aku sampai di sini dari Malaysia. Sekarang aku berada di sini kerana mahu pulang pula ke istana, panggilan daripada suraya yang menjadi mata-mataku dalam setiap perkembangan penghuni di dalam istana betul-betul menyentak perasaanku. Nenda jatuh gering sudah lebih seminggu, sekarang aku kena balik melihat keadaanya. Panggilan menaiki kapal terbang membuatkan aku mencapai tas tangan dan bagasi. Perjalan menuju ke dalam kapal terbang membuatkan aku mengalirkan air mata tanpa sedar, tahu dengan kepulanganku ini tidak mungkin akan aku kembali ke sini. Sedih akan meninggalkan kenangan besama semua di sini, sedih mengenangkan keadaan Nenda, sedih akan kesalahan diri lari dari istana dan menetap di sini lebih kurang 4 tahun tanpa khabar berita, sedih akan berpisah dengan Haykal .
Sepatutunya petang ini kami akan berjumpa, kehadiranku akan membuatkan Haykal gembira kerana aku telah menerima dirinya menjadi kekasih, tetapi jika aku tidak datang bermakna dirinya tiada harapan menungguku. Tapi kini aku harus utamakan nenda daripada dirinya, aku terpaksa lupakan perasaan cinta yang melangit, keputusan yang telah aku fikirkan sedalamnya untuk menerima Haykal hadir dalam hidup kini terpaksa terkubur. Situasi yang mendadak ini mengigatkan aku akan hukum karma Allah, agaknya inilah balasanku kerana meninggalkan bonda dan ayahda tanpa berita. Terpaksa aku menerima kehilangan Haykal , “maafkan lisya. Mesti Haykal kecewa kerana ketikhadiran lisya membuktikan lisya tidak menyukai Haykal . Tetapi hakikatnya, lisya sayang akan Haykal . Ketahuilah hanya Haykal kini yang berjaya mengubat luka lisya.” Aku memberitahu pada angin lantas melangkah menaiki tangga ke dalam kapal terbang, angin sampaikan pesanku.
“puteri alisya, bonda panggil menghadap.” Pembantuku suraya memberitahu sambil menunduk hormat kepadaku. Aku yang sedang menyulam sutera untuk hadiah kepada Haykal pada hari lahirnya tahun ini sudah aku simpan di dalam laci meja solek. Hadiah yang sepatutnya sampai pada Haykal tidak aku kirimkan, masih tersimpan dalam kotak. Sudah 1 tahun aku kembali di sini, dan perasaanku pada Haykal masih segar mewangi, Haykal sekarang mungkin sudah bekerluaga. Kecewa dengan jawapanku kerana menolaknya. Baguslah, sekurang-kurangnya Haykal bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience