Rate

BAB 7

Romance Completed 589

Pintu ruang tamu dibuka oleh pengawal peribadiku. Seketika aku bolos ke dalamnya, kelihatan bonda dan ayahda tersenyum memandang. Terdapat juga beberapa orang yang sangat aku kenal, siapa lagi kalau bukan golongan diraja perak. Kedatangan mereka mungkin membincangkan masalah Negara, tetapi apa kena mengena dengan aku. Saja mungkin kenalkan aku sebagai puteri bongsu dalam keluarga ini.
Lamaran daripada golongan diraja perak telah aku terima setelah 2 minggu berfikir, biarlah kali ini aku membuatkan kedua orang tuaku gembira bagi menebus kesalahan dulu. Lagipun memang tiada harapan untuk aku terus menunggu Haykal , jika berkemungkinan juga belum tentu bonda dan ayahda terima. Kerana Haykal dari golongan biasa sedangkan mereka golongan diraja.
Hari ini putera ke-3 diraja perak akan hadir untuk majlis makan malam, dan aku akan berkenalan denganya. Lagi 3 bulan kami akan disatukan, pihak media juga sudah tahu perkahwinan kami ini adalah dasar hubungan diplomatik. Gaun muslimah bewarna merah darah dan tudung yang berlilit kemas di badanku cukup menyakinkan aku untuk hadir majlis malam ini. kelihatan daripada jauh seorang lelaki menghampiri aku besama topeng yang menutup mata dan hidungnya. Bibirnya mengukir tersenyum memandangku.
“jadi inilah puteri alisya?” soalnya padaku. “ye, saya.” Balasku sopan. “alhamdulilah, nampaknya pilihan bonda dan ayahda saya tidak silap. Dan keputusan saya sendiri menerima alisya telah menemukan kembali cinta lama saya.” Balasnya bersahaja membuatkan aku sedikit pelik. “erk!, maksud putera?” aku bertanya kehairanan. Putera ketiga itu membuka topengnya di hadapanku. “saya maksudkan ini.” jawabnya. Aku sudah bedebar memandang wajahnya, wajah yang diridui. “Haykal !” separuh menjerit aku memanggil namanya. Kedua bonda dan ayahda kami memandang pelik situasi pertemuan aku dan Haykal , di wajah mereka penuh dengan pelbagai persoalaan.
“kalau kita lari sejauh mana pun, terpisah jauh pun, cinta Allah tetap akan menemukan kita kembali.” Haykal besuara membuatkan aku mengangguk menahan air mata, air mata kegembiraan. Ini takdir Allah yang tidak dapat dibayangkan. Percayalah sekali diriNYA mengkhendaki, nescaya akan berlaku. Alhamdulilah!.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience