Rate

BAB 3

Romance Completed 589

aku memberi cadangan. “banyak dah kau sumbangkan, segan pula aku kalau minta tolong kau lagi.” Rosara merendah diri. “jangan cakap macam tu, kita kenal dari kecil lagi kan, sekolah sama hinggalah ke universiti yang sama. Tak salah rasanya aku membantu kawan yang sentiasa memahami aku.” Aku menyakinkan pula, agar dirinya terasa dihargai. “aku takut orang lain pandang aku dengan fikiran yang bukan-bukan. Ye la, kau ni kan cucu diraja. Nanti..” “eh! Jangan fikir macam tu. aku ikhlas tolong kau, pedulikan kata-kata negatif mereka. Hanya aku tahu perangai sebenar kau” aku memotong kata-katanya. Rosara sudah menunduk malu. “sudahla tu, kau kawan aku. Itu sahaja yang aku tahu. Tak payah fikir pandangan negatif orang lain.” Pujukku lagi sambil memeluknya.
Seketika kemudian terasa hujung bajuku ditarik. Aku menoleh dan melihat anak kecil Rosara yang berumur 3 tahun sedang memandangku sambil menghulurkan gula-gula. “kenapa bagi auntie gula-gula?” tanyaku pelik. “terima kasih sebab tolong mama.” Kata-katanya membuatkan aku terharu, pantas sahaja anak kecil itu aku cium sebagai tanda kasih. “ya Allah tabahkanlah dua beranak ini menghadapi dugaan darimu, sebagaimana engkau tabahkan hatiku.” Doaku pohon pada yang maha esa.
“banyak dah kau sumbangkan, segan pula aku kalau minta tolong kau lagi.” Kata-kata dari Rosara pagi tadi masih tergiyang-ngiyang di pendengaranku. Kasihan kawanku itu, diceraikan suami hanya kerana silap sedikit. Silap kerana mengajaknya bersolat, suaminya itu seorang muallaf. Islam hanya permulaan dalam berumah tangga, sekian itu suaminya berubah laku. Tidak tahan agaknya godaan syaitan yang menyesatkan. Akhirnya Rosara ditinggalkan terkontang-kanting sendiri di sini, sehinggalah aku berjumpa denganya kembali pada 2 tahun lepas. Rosara mengambil keputusan menetap di sini, tidak mahu kembali ke Malaysia. Katanya malu hendak menunjuk muka pada orang kampung, malu kerana tidak dapat membimbing suami ke arah islam yang sebenar.
Perkahwinanya membuatkan aku jadi takut untuk menghadapi situasi alam rumah tangga, itu sebab mengapa aku menolak pinangan Haykal untuk memperisterikan aku. Haykal seorang lelaki islam yang menetap di sini sejak kecil, sekarang begelar pengarah muda bagi syarikat construction yang melibatkan pembinaan dan rangka-rangka kerja di Negara cardoba ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience