Rate

BAB 4

Romance Completed 589

rupanya memang menjadi kegilaan ramai wanita, tetapi aku yang dipilih. Katanya aku ni bermuka manis, pandang sahaja sudah mendamaikan jiwa. Terasa nak gelak ada juga dengan kata-katanya itu, entah benar atupun tidak. Rosara dan wada banyak kali sudah memarahi aku kerana tidak menerima Haykal . Entahlah! Aku masih terasa kekosongan, biarlah aku mengubati luka lama. Kemudian baru aku buka lembaran baru. Tiba-tiba pertemuan pertama dengan Haykal menjelma, pertemuan di mana telah menjadikan kami sebagai sahabat.
Aku melepaskan lelah di belakang tembok, nafasku sudah tidak teratur akibat belari terlalu laju tadi. beg tangan dan bagasi pakaianku sudah terlepas dari tangan dan berada di sisi. Aku menoleh kembali ke belakang, melihat melalui celah-celah tembok tempat ku bersembunyi. Kelihatan 4 orang permuda yang berkot hitam dan memakai earfon bewarna hitam di telinga masing-masing. Salah seorang dari mereka tiba-tiba memegang telinganya dan seketika kemudian mulutnya terkumat-kamit bercakap. Memberitahu khabar mungkin akan kehilanganku pada keluarga di Malaysia. Lapangan terbang di cardoba ku pandang sekilas, sampai juga aku ke sini akhirnya. Melihat akan kelekaan pengawal peribadi yang sedang mencari kelibat aku, aku mengambil kembali beg tangan dan bagasi. Besedia mahu lari sekali lagi.
Aku mengumpul kekuatan dan baru sahaja aku menoleh aku sudah berlanggaran dengan seseorang. “sorry, I have no see” ucapku polos akan kesalahan diri sambil memandangnya. “it’s ok” balas lelaki yang bediri di hadapanku. Baru sahaja kami mahu melangkah pergi tiba-tiba kami tertarik ke belakang kembali, rupa-rupanya gelang yang dipakai aku sudah tersangkut pada hujung baju lelaki tadi. pada masa yang sama aku dapat mendegar suara pengawal memanggilku. Dengan perasaan takut secara tiba tiba aku telah menarik tangan kanan lelaki tadi mengikutku belari. “hei! What this?” soal lelaki tadi, tetapi masih mengikutiku. “im sorry, I have problem. I hope you can help.” Balasku pula sambil melepaskan tanganya dan menjinjing bagasiku.

Setelah jauh dari lapangan, baru aku berani berhenti di stesen bus stop. Sekali lagi aku melepaskan lelah, kelihatan lelaki yang aku heret sekali turut keletihan. Aku memandangnya pula. “im relly sorry. Tkhanks a lot” aku besuara sambil cuba menanggalkan gelang yang tersangkut pada hujung lengan baju yang dipakainya. “hei! Awak ni dari Malaysia?” lelaki itu besuara membuatkan aku memandangnya terkejut. Baru aku perasaan wajah di hadapanku ini adalah wajah asia, sudah pasti dari Malaysia juga. Aku mengangguk sambil menyimpan kembali gelangku di dalam tas tangan. “ada masalah ke?” soalnya lagi. “a’ah. Tapi dah ok dah sekarang.” Jawabku dengan perasaan malu apabila terfikirkan keterlanjuran kerana memegang tanganya, tetapi nasib baik ada alas baju tadi. aku membetulkan tudungku pula tanpa memandang lelaki tadi yang masih bediri di sisi. “saya Haykal , nama cik pula?” tanyanya ramah. “panggil sahaja lisya.” Kelihatan dia mengangguk akan jawapanku. “dari mana nak ke mana?” soalnya lagi membuatkan aku mengerutkan dahi. Pelik dengan keramahan lelaki ini, padahal aku sudah minta maaf akibat kesalahanku, sekarang dia nak apa lagi. Aku sekarang nak besendirian.
Melihat akan reaksi tidak senang aku lelaki tadi seperti serba-salah, tahu mungkin apa dalam fikiranku ini. “erk! Maaf. Saya banyak Tanya pula. Ni kad saya, kalau ada sebarang masalah boleh lah telifon saya.” Lelaki yang benama Haykal itu menghulurkan kad kecil bewarna putih kepadaku. “terima kasih” jawabku ringkas. “cepatlah pergi dari sini, aku segan la duduk dengan orang yang aku tak kenal.” Bebelku dalam diam. “saya pergi dulu.” Haykal kemudian berlalu ke arah lapangan terbang kembali setelah menerima anggukan daripada aku. Dari jauh aku melihat dirinya menggelengkan kepala, terasa mungkin akan perangaiku. Sudahlah dia menolongku tadi, boleh pula aku layan dia lebih kurang je. Aku memandang kembali kad pemberianya. “Muhammad Haykal qais bin zulkifli”, aku memandang bawah namanya pula. “director construction!” separuh menjerit aku melihat jawatanya.
Aku sudah mandi dan menyalin pakain di tandas, sekarang aku kena fikir mana arah tuju aku hendak pergi. pakain sejuk sudah aku sarung di badan, keadaan cuaca malam di Negara ini memang sejuk. Perutku juga sudah berbunyi, tapi aku tak tahu nak beli apa. Adakah halal ataupun tidak makananya, macam mana layanan diorang pada aku. Argh! Semuanya bersatu dalam fikiranku kini. Menyesal pula rasa lari daripada istana, tetapi aku tidak boleh patah balik. Ini pilihan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience