Rate

BAB 2

Romance Completed 589

kelihatan pintu rumah dikuak dan terpancul sekujur tubuh wada yang berpakaian kemas ke pejabat sedang tersenyum kepadaku. Dia ni kawanku sejak 4 tahun lepas, yang membantuku setelah aku lari dari istana. Hah! Jangan nak buat terkejut, aku memang nekad dengan keputusan meninggalkan istana di johor. Dan sekarang ni aku sudah menetap sementara di cardoba. Aku membalas senyumanya dan seraya mengangkat kening tanda kesenangan.
“hah! Yang kamu ni kenapa senyum sampai macam tu. ada berita baik ke wahai puteri alisya syazira?” soal wada sambil melabuhkan duduk di sofa bersebelahan aku. Tersentak sebentar aku mendegar dia memanggilku dengan gelaran puteri, terasa peluh mula merembeskan aktivitinya.
“hoi! Kenapa ni. berangan sudah nak jadi golongan diraja?” sergah wada sambil menepuk tangan menyedarkan aku. Pantas sahaja kepala ini menggeleng laju, “mana ada, tapi kalau jadi pun best apa.” Sakatku pula. Wada sudah mencebik dengan anganku ini, walaupun status itu memang kenyataan. Biarlah, sampai masa nanti akan ku khabarkan padanya siapa aku yang sebenar. “cepatlah cerita, apa yang best sangat. Kau dapat panggilan buat ceramah lagi ke?. Soalnya tidak sabar membuatkan aku tersenyum bahagia.

Selesai sudah aktiviti ceramah motivasi tentang pelajaran kepada anak-anak yatim di cardoba, inilah kelab kebajikan islam pertama yang ditubuhkan oleh kawanku. Dan kelab ini juga mengalu-alukan kedatangan orang bukan islam, mana tahu dengan jihad mengajak ke arah islam akan membuatkan mereka memeluk islam. alhamduliah, sekarang sudah 20 peratus anak-anak yatim di sini sudah memeluk islam. Dan isnyallah akan ada lagi yang bakal menyusul mencari cahaya ke arah kebenaran yang hakiki. Aku tersenyum senang sambil berpeluk tubuh melihat anak-anak muda yang sudah remaja itu bercerita sesama mereka, tergelak seperti ada yang melucukan. Aku menjadi seronok, damai sahaja jiwa ini apabila dapat menolong mereka. Seolah-olah aku baru sahaja menolong kaum keluargaku sendiri.
“terima kasih lisya, terima kasih sebab sudi datang memberi ceramah dekat kelab aku ni.” Rosara menepuk bahuku dari belakang. “sama-sama, dah tanggungjawab aku. Nanti jangan la pula kau segan kalau perlukan bantuan aku untuk kelab ni.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience