Rate

BAB 5

Romance Completed 589

Aku mengambil keputusan berehat di bangku menghadap laut, kelihatan indah pemandanganya. Kemerian di kawasan sini menarik hati kecilku untuk tertawa sendiri apabila teringatkan peristiwa petang tadi besama lelaki yang bernama Haykal . “hah! Haykal , patut ke aku minta tolong darinya?” aku bermonolong sendirian. Bukan aku tak boleh cari hotel, tapi aku nak jimat. Kehilanganku ini mungkin menyebabkan ayahda menyekat perbelanjaan kad bank ku. Sedangkan aku masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri di sini dan belajar berdikari. Kalau sebelum ini semua orang yang mengaturkan semuanya, biarlah kali ini aku buat belajar sendiri.
Aku kerling pada jam tangan pemberian bonda pada hari lahirku tahun lepas, jam menunjukkan angka 9.12 malam. Melihat akan jam silver ini ingantaku teringkat bonda. “mesti bonda marah kan, maafkan anakda lisya” aku besuara pelahan. Kad pemberian Haykal aku ambil dari tas, dan aku mendail nombornya. Harap bantuan daripada insan yang baru dikenali itu.

Aku kini sudah berada di dalam kereta milik Haykal , baru lepas makan malam di restoran halal yang terdapat di kawasan sini. Sekarang kami dalam perjalanan ke rumah kawan perempuanya yang merupakan kekasih adik angkat Haykal . Nasib baik ada yang sudi membantu, aku bersyukur sangat. Setelah 1 jam perjalanan, kereta Haykal berhenti di hadapan apartment milik wada kekasih adik angkatnya. Kami beiringan bejalan ke tingkat 3, bagasiku dipegang Haykal . Sekilas aku memandangnya, terasa seperti ada keistimewaan pada wajahnya.
Tersenyum sendiri aku tanpa sedar yang aku kini sudah sampai di hadapan pintu rumah wada. Baru sahaja Haykal mahu mengetuk pintu, pintu itu terlebih dahulu terkuak dan terpancul wanita yang lebih kurang sebaya aku berpakain baju tidur. “hei! Dah sampai pun, marilah masuk. Lisya kan?” Tanya wada padaku. “a’ah, terima kasih sebab sudi bagi saya tumpang di sini.” Jawabku ikhlas. “kawan dari satu Negara, mestilah wada tolong.” Beg dari tangan Haykal pantas dirampasnya. “jom masuk lisya.” Ajak wada sambil menarik tanganku. “eh! Lupa, kau Haykal nak apa lagi. Tak kan nak tidur dekat sini pula.” Seloroh wada membuatkan adil ketawa senang. “aku tahu la, aku balik dulu.” Balasnya pula. “terima kasih” ucapku padanya sebelum berlalu. “terima kasih abangku!” laung wada pula pada Haykal yang sudah menjauh, balasan daripada ucapanya Haykal melambaikan tangan ke arah belakang tanpa menolehnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience