BAB 9

Romance Completed 4676

“ Abang aku kerja baju seragam. Inspektor polis...” Darlisa menaikkan saham profil abangnya.

“ Tak nak….Nanti jenuh aku kena soal siasat setiap hari…” tolak Fid Faiq .

“ Sejak bila kau jadi prejudis macam ni…don’t judge a book by its cover. Tak semua macam tu…” bidas Darlisa .

“ Memang kebiasaan polis macam tu kan…” tambah Fid Faiq masih dengan pendapatnya.

“Kalau bertugas memanglah selalu soal-siasat orang. Tapi ada juga masa rehat. Takkan waktu rehat, dengan keluarga dia nak buat macam tu setiap masa. Letihlah…Tapi kalau pun macamtu, dia sedang tunjukkan rasa prihatin dia, sikap ambil berat...cuba pandang sisi baik dulu….fikir positif, buat apa pesimis dan negatif…Kalau tak ambil berat dan perhatian, nanti dikata tak sayang pula…”

“ Setiap manusia ada perasaan. Ada cara tersendiri menzahirkan rasa cinta dan kasih sayang. Kalau betul dia jatuh cinta kat kau, kau tengoklah nanti macamana rupa dia jatuh cinta. Aku pun tak tahu macamana, nak bayangkan pun aku tak boleh agak” ucap Darlisa . Serasanya abangnya itu belum pernah angau kerana cinta.

Perbualan mereka terhenti seketika bila ada suara memberi salam di muka pintu. Abang Darlisa yang sedang mereka sebut yang balik. Arsyad Hakimi mengucap salam sebelum masuk. Fid Faiq menjawap di dalam hati. Darlisa pula terus mendekati si abang.

“ Apa tu bang?” tegur Darlisa merujuk pada plastik yang dijinjit di tangan abangnya.

“ Cucur udang rangup dan cendol…Hidang je terus cucur tu masih panas lagi. Bagi kawan Lis bawa balik sekali cendol tu…” usul Hakimi sambil menghulur plastik ke tangan adiknya.

“ Eh kau jangan balik dulu…Aku ke dapur kejap. Kau duduk je tak payah ikut…” Darlisa terus ke dapur usai meninggalkan pesan. Bukan ucapan berupa permintaan tapi arahan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience