BAB 8

Romance Completed 4676

Tiba-tiba berderai ketawa Darlisa . Gelak besar bila terbayang kalau Fid Faiq buat gwiyomi dengan muka yang selalu tak berperasaan dan badan keras. Sangat lucu.

Mata Fid Faiq terbeliak. Tak sangka Darlisa akan ketawa besar macam tu. Terus dia mengambil gambar mengabadikan momen indah. Dia senyum dan rasa lega. Sudah lama tidak melihat Darlisa seceria itu. Bukan marah yang dirasa tapi hati rasa senang berbunga-bunga.

“ Cantiknya kau Lis.... Dah lama aku tak tengok kau senyum sampai mata pun senyum macam ni… Lega hati aku bila kau dah boleh senyum dan ketawa macam ni…” terpancar riak lega di wajah Fid Faiq . Tangan kanannya menggosok mata yang bergenang air mata. Sebak.

Terus Darlisa berhenti ketawa. Tak sangka insan bernama Fid Faiq ni sensitif tentang orang lain sampai tahap macam ni.

“ Aku terbayang kalau kau betul-betul buat gwiyomi tu…” Darlisa menyapu mata yang berair dek kerana ketawa.

“ Tengok…Kau pun gelak sama…Itu hakikat…Aku tak kecil hati pun…” ulas Fid Faiq .

“ Memang betul pun abang aku tak pakai kaca mata tapi aku berani jamin mata dia terang tak rabun. Polis kan terlatih cekap dan peka. Lagipun dia tak pandang kau dengan mata fizikal”

“ Dahtu? Mata apa? Mata kucing?” makin Darlisa bantai gelak bila Fid Faiq memintas.

“ Dia kata…,Ni betul dia sendiri yang cakap bukan aku reka tau. Dia kata, aura positif kau memancar keluar di muka walaupun dia tak pernah dengar kau bercakap atau tengok dekat…”

“ Ada-ada je…” ringkas saja komen Fid Faiq . Dia mengambil mudah dan tidak menganggap itu satu pujian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience