BAB 11

Romance Completed 4676

Setelah bersalam dengan Darlisa , Fid Faiq terus ke muka pintu hendak pulang tapi tidak lama. Dia berpatah balik ke dapur. Bertemu Darlisa yang sudah mengangkat dulang ke meja makan.

“ Kenapa?” soal Darlisa hairan. Tadi bukan main Fid Faiq nak cepat pulang.

“ Ada kereta blok kereta aku…” lemah suara Fid Faiq . Dapat mengagak kereta siapa. Tadi waktu datang tadi tak ada.

“ Kereta abang Kimi lah tu. Marilah makan dulu…Mesti abang Kimi tengah mandi tu…”

“ Ambilkan kunci kereta dia, biar aku alih sendiri…” usul Fid Faiq . Salah sendiri parkir di halaman rumah. Selalunya bila bertandang, dia hanya parkir di luar tepi jalan.

“ Tak apa. Biar saya alih sendiri. Maaflah…” Hakimi muncul dengan kunci di tangan.

Sempat Fid Faiq menjeling Darlisa yang senyum-senyum mengusik tanpa suara. Fid Faiq membalas dengan membuat muka monyok.

“ Memandangkan kau dah kembali senyum, jadi lepasni aku akan jarang dah datang sini…” umum Fid Faiq pada Darlisa .

“ Alah janganlah macam tu…” Darlisa cuba memujuk. Fid Faiq melambaikan tangan sebelum membuntuti langkah Hakimi ke luar rumah.

“ Terima kasih untuk cendol tu…” sempat Fid Faiq bersuara sebelum Hakimi masuk ke dalam keretanya.

“ Kasih diterima…” abang dan adik sama je sengal detik hati Fid Faiq . Dikawal hati supaya tidak terus-terusan mengata. Nanti tak pasal-pasal hangus pahala amalan. Cendol di letak ke kerusi sebelah pemandu sebaik masuk ke dalam kereta. Hendak menolak pemberian cendol tu tadi nanti dikata sombong jadi dia terima sahaja dan bawa pulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience