BAB 1

Romance Completed 4676

“ Maafkan Bie….Tapi selama ni Bie memang betul-betul cintakan sayang….”

“ Dasar lelaki lidah bercabang. Kalau awak cintakan saya, mesti awak akan setia. Tak adanya nak bermain cinta kat perempuan lain!” si perempuan mula naik suara membentak. Terlalu marah hingga tidak peduli lagi akan banyak mata yang sedang memandang di tempat terbuka sebegitu.

“ Dia yang goda Bie….”

“ Bertepuk tangan sebelah tak akan berbunyi….” Balas Darlisa sinis.

“ Mulai sekarang, hubungan kita putus. Jangan berani nak hubungi saya. Barang-barang yang saya pernah bagi tu takpe saya sedekah” sengaja Darlisa berkata begitu ditekan suara di hujung ayat kerana hatinya terlalu sakit. Hati rasa tertoreh. Sakit!

“ Kalau awak lelaki sejati, kahwinlah dengan dia. Bertanggungjawab! Berani buat, berani tanggung!” Darlisa terus berlalu usai berkata begitu tanpa berpaling memandang ke belakang.

~~~~~~~~~~~~~~

“ Makanlah sikit Lis….” Pujuk Fid Faiq sambil menolak sepiring rojak sotong dekat dengan Darlisa yang hanya diam. Direnung hidangan yang ditolak Fid Faiq menghampirinya.

Setelah sebulan Darlisa putus dengan bekas kekasihnya Syahir, Fid Faiq mengajak untuk keluar bersama. Kebetulan sewaktu drama terlerainya cinta Darlisa , Fid Faiq turut berada di situ. Itu yang Fid Faiq rasa terpanggil untuk meluangkan masa. Baru hari ini berpeluang untuk bertemu.

“ Aku masih terasa sakit dia permainkan aku macam ni. Ingat bila dah habis belajar, ingatkan lepas setahun lebih kerja kami kahwin. Tapi jadi macam ni pula” luahan Darlisa disusuli dengan hembusan nafas berat.

Fid Faiq mendengar tanpa menyampuk. Memberi ruang Darlisa meluahkan rasa yang terbuku di dada. Bila Darlisa berhenti bercakap barulah dia bersuara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience