BAB 4

Romance Completed 4676

“ Tengoklah macamana. Hari Sabtu lagi kita bincang tetapkan masa…Aku kena mula dietlah Lis, badan aku dah mengembang bila dah lama tak turun padang ni...” jelas riak risau di wajah Fid Faiq .

“ Berapa kilo? Kalau setakat empat atau lima kilo kan masih normal lagi…Badan kau tu bukannya berisi sangat…” komen Darlisa . Realistik.

“ Memanglah…Ni dua kali ganda dari tekaan kau tu. Sepuluh kilo. Sepuluh beb!Kena berhempas pulas ni nak turunkan…”

“ Kau teman aku eh. Partner in crime teman aku jogging, masuk gim…” Fid Faiq sengih lebar menampakkan semua gigi depannya yang tersusun cantik. Penuh berharap tawaran diterima Darlisa .

“ Tengoklah nanti…”

“ Alah janganlah jual mahal dengan aku…Tak perlu setiap hari ahad. Boleh lepas habis kerja ke…Sambil-sambil tu terisi juga masa kau…”

“ Iyalah…Insyaa Allah…ThanksFid Faiq for being by my side now…” ucap Darlisa . Air matanya menitik. Segera disekanya dengan tisu. Bila ada yang sudi berada di sisi saat susah hati siapa yang tidak terharu.

“Aku tak nak bagi harapan palsu dan janji kosong, yang aku akan sentiasa ada di sisi kau. Tak tak….Aku tau aku tak akan dapat buat macam tu. Hatta keluarga kita sendiri pun tak dapat janji macam tu. Cuma Allah yang sentiasa ada. Aku cakap tak bermakna aku bagus. Aku pun masih dalam proses memperbaiki diri…” ucap Fid Faiq serius. Dia tidak mahu Darlisa terlalu menyanjung dirinya dan berharap dia akan setia di sisi setiap masa.

“ If it is not as what we expect, itu yang jadi salah satu sebab punca kita rasa kecewa” sambung Fid Faiq .

Setelah menerima pemberian telekung dari orang tidak dikenali suatu ketika dulu, Fid Faiq rasa terinspirasi untuk turut berbuat kebaikan dan membantu orang lain. Sebenarnya dia dan Darlisa hanya sekadar kawan biasa satu kuliah yang tidak rapat. Masing-masing ada kumpulan geng sendiri.

“ Hidup kita ni macam sebuah kembara di lautan. Ombak tu ujian. Quran pula macam sauh. Huda syifa dan rahmah iaitu petunjuk, penyembuh dan keberkatan. Quran manual hidup, satu kunci kejayaan dan sumber cahaya hidup kit di dunia, dalam kubur dan waktu kat padang mahsyar, terus ke syurga in syaa Allah~Jadi banyakkan mengadu pada Allah. Allah tidak akan meninggalkan kita sendiri. Allah sangat menyayangi kita lebih dari rasa kasih seorang ibu pada anaknya. Ini peringatan untuk kau dan aku sendiri…” panjang lebar Fid Faiq menjelaskan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience