BAB 6

Romance Completed 4676

“ Kau dah terima kad jemputan Nadiya?” Darlisa senyum pahit. Irfan bakal suami Nadiya adalah sahabat Syahir. Dulu sewaktu zaman universiti, Darlisa , Syahir, Nadiya dan Irfan selalu keluar bersama berempat.

“ Ada…Kau nak datang ke nanti?” Fid Faiq faham kemelut perasaan Darlisa . Patutlah mukanya muram sejak tadi rupanya ada yang membelenggu fikirannya. Pasti luka dikecewakan masih terasa. Lagi pula bila datang ke sana pasti ramai orang yang tahu hubungannya dengan Syahir hadir. Boleh jadi ada yang akan bertanya bila gilirannya dan Syahir menyusul ke jinjang pelamin. Paling tragis, kalau Syahir juga hadir dengan isterinya! Lagilah sakit…

“ Mestilah aku datang. Nanti kalau tak datang macam seolah-olah aku belum dapat terima perpisahan aku dengan lelaki tu. Terluka memanglah. Aku rasa terluka teruk tapi tak adanya aku nak meratap…Masih banyak lagi lelaki lain” berbaur emosi marah Darlisa menuturkan kata-katanya. Yang lalu biarkan berlalu, tutup buku lama dan buka buku baru. Itu yang dia sedang berusaha lakukan.

“ Bagus. Ini baru Darlisa . Perempuan super…”

“ Haha superman versi perempuan eh?”

“ Tak perlu sedih. Allah jauhkan Syahir tu dari kau sebab Allah nak bagi kau lelaki yang jauh lebih baik untuk kau. Sama ada tahun ni, tahun depan, dua tahun depan…Allah ‘alam. Allah lebih tahu” pujuk Fid Faiq .

“ Superwoman untuk lelaki yang super juga. Bagai cincin dengan permata, bagai pinang dibelah dua…Sepadan” ulas Fid Faiq menyambung pujukan mengubati hati si sahabat.

“ Kita pergi bersamalah nanti ke majlis Nadya tu…” usul Darlisa .

“ Betul ni? Manalah tau kau nak sewa mana-mana lelaki hensem menyamar jadi tunang atau kekasih…” duga Fid Faiq . Itukan benda klise dalam drama. Manalah tahu kalau sahabatnya itu turut membuat perkara yang sama.

“ Orang lain mungkin akan buat macam tu tapi aku tak. Buat apa nak buat macam tu. Aku dah taubat nak keluar berdua dengan mana-mana lelaki bukan mahram…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience