Bab 9

Short Story Series 582

Qayyum dan Qaseh duduk di tempat masing masing dan memulakan kerja. Tiba tiba rakan sekerja mereka, Aiman datang di tempat duduk Qaseh dan berbual. Aiman menanyakan soalan kepada Qaseh dengan serius dan cuba untuk memperlahankan suranya agar tidak ada sesiapa boleh mendengarnya. Mereka berbisik dan membuatkan Qayyum berasa curiga.

" Kamu berdua borak apa tu? kenapa perlahan sangat, aku pon nak tahu juga"pinta Qayyum.

"Tak boleh. Kau tu bawah umur. Jangan sibuklah." kata Aiman.

"Hahaha, kena cop bawah umur dengan Aiman. kasihan aku tengok kau ni"kata Qaseh.

"Ehh dia memang bawah umurlah Qaseh. Dia lagi muda dari kita." kata Aiman

Qayyum terkejut dengan tindakan Aiman memberitu Qaseh bahawa dia lagi muda dari mereka. Qayyum tidak senang duduk. Dia tidak mahu Qaseh tahu umur sebenarnya.

"kau biar betul Aiman, kenapa aku tak tahu. Umur dia berapa?" tanya Qaseh

" Kalau tak silap aku, umur dia 22 tahun. betul tak Qayyum ke lagi muda dari tu?"

" Ehhh mana ada, aku tak lah semuda itu" balas Qayyum .

"Aku yang periksa 'resume' kau, aku tahulah''

"Hak alahh dia ni, tak payah la nak bagi tahu semua orang umur aku. Aku cili jugak mulut boroi ni kang, tak pasal pasal je nanti" bisik Qayyum dalam hati.

"Hahaha kau lagi muda dari aku rupanya, patutlah aku tengok gaya kau ni macam tak matang je. Hahahaha" ketawa Qaseh sambil menepuk nepuk mejanya.

"Arghhhh senyap lah kau" Qayyum berpaling dari Qaseh dan meneruskan kerja tanpa menghiraukan Qaseh yang cuba untuk memainkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience