Bab 1

Short Story Series 582

Qaseh masih termenung melihat ke arah langit yang kebiruan mengenangkan dirinya yang tidak pernah berpunya. Dia merasakan bahawa mungkin jodohnya akan tiba setelah dia berumur 40 an. Kini dia berasa kesunyian dan sepi. Qaseh sudah berumur 27 tahun tetapi tidak pernah bercinta disebabkan oleh seorang lelaki yang pernah disukainya memberikan dia harapan palsu. Hatinya berkecai dan remuk bagai dihempap sesuatu yang besar sehingga tidak dapat menerima sesiapa di hatinya yang masih kosong. Ibunya pernah berkata bahawa tidak semua lelaki seperti itu tetapi apakan daya hatinya sudah tidak boleh menerima mana mana jejaka yang cuba untuk mengisi hatinya itu.

Hari isnin telah pun bermula, dia bersiap pada awal pagi untuk pergi ke pejabat tempat dia bekerja sejak 2 tahun lepas. Katanya ada orang baru mahu masuk kerja di bahagian perakaunan. Setelah siap bersarapan makanan yang telah disediakan ibunya dia terus bersalaman dengan ibunya dan pergi menghidupkan enjin kereta untuk pergi ke tempat kerjanya di Cyberjaya. Setelah tiba di tempat letak kereta tiba² ade seseorang melanggarnya sehingga beg yang disandang terjatuh ke lantai

" Haduhhh sape pulak yang langgar aku ni, haishhh" kata Qaseh
Berdiri seorang lelaki sambil tersenyum manis. "Opss maaf aku x nampak tadi...kau ok x?
Sambil memgambil beg Qaseh yang telah terjatuh tadi dan dihulurkan ke arahnya.

"Perghh sape pulak mamat ni...bole tahan...ishhhh Qaseh jangan terpedaya dengan lelaki" bisiknya

"Haaaa x pe² aku ok je..kau ni orang baru ke?"

"Ahaaa aku baru hari ni kerja kat sini..boleh tunjukkan x tempat aku dekat blok mana" sambil dihulurkan sehelai kertas menunjukkan blok yang sepatutnya dia pergi kepada Qaseh.

"Ooooo ni sama blok dengan aku...jom ikut aku"
ajak si Qaseh yang agak tegas.

Kali ini hatinya merasakan kelainan setelah bertemu dengan jejaka tadi..apalah maksudnya. tapi dia cuba untuk mengabaikan perasaanya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience