Hari hari berlalu, hubungan antara Qaseh dan Qayyum menjadi lebih erat. Qaseh melayan Qayyum seperti mereka sudah lama berkawan, memang itulah sifatnya yang membuatkan orang ramai suka untuk berkawan dengan Qaseh disebabkan oleh dia terlalu peramah.
"Qaseh!! Mari kita pergi makan tengah hari dekat kedai thailand depan sana tu. Aku lapar lah." ajak Qayyum sambil melambaikan tanganya kerana jarak mereka berdua agak jauh pada ketika itu.
"Ok, kita berdua je ke? Aku nak ajak Nana sekali boleh?" tanya Nana.
"Boleh, kenapa tak boleh pula" Balas Qayyum.
Hatinya makin hari semakin meluak luak dengan perasaan suka terhadap Qaseh. Tapi apakan daya dia hanya mampu menyimpan perasaanya sahaja kerana takut untuk meluahkan.
Setelah sampai di kedai makan tersebut, mereka bertiga mengambil tempat yang paling strategik iaitu di bawah kipas dan berdekatan dengan televisyen. Kata Qaseh dia tidak mahu panas dan mahu menonton televisyen sambil makan.Qayyum dan kawan baiknya turutkan saja permintaannya tanpa ada bantahan.
Setelah mereka bertiga memesan menu tenga hari masing masing, tiba tiga orang jejaka duduk di tempat mereka.
"Hai, Boleh kami duduk semeja dengan kamu semua" katanya
Qaseh memandang mereka dan ternyata itu adalah rakan sekerjanya .
"Kau ke Aiman. Aku ingat siapa lah tadi. Boleh, duduklah" ajak Qaseh.
Setelah lima minit mereka menunggu , akhirnya makanan yang ditunggu-tunggu tiba. Bihun tomyam yang dipesan Qaseh membuatkannya tidak sabar sabar untuk menikmati.
Share this novel