Perbualan mereka diperhatikan oleh yusuf yang duduk di sebelah Qayyum. Perasaan iri hati terhadap layanan Qaseh kepada Qayyum mula menular dalam diri Yusuf kerana Qaseh tidak semesra itu ketika berbual dengannya. Perasaan Yusuf terhadap Qaseh sudah sekian lama, Qaseh dan Yusuf merasakan perasaan yang lain ketika mereka bersama, kadang kala Qaseh menunggu kata cinta daripada Yusuf tetapi Yusuf hanya berdiam diri dan tidak mengatakan apa apa seolah olah tiada apa yang berlaku antara mereka berdua. Itu membuatkan Qaseh merasakan hanya dia yang merasakan bahawa Yusuf menyukainya sebaliknya tidak.
Tindak tanduk Yusuf menunjukkan bahawa dia mempunyai perasaan terhadap Qaseh, tetapi tiada luahan terhadap Qaseh.
Yusuf hanya tersenyum melihat gelagat Qaseh yang agak comel ketika makan.
"Dah lah makan comot"kata Qayyum.
"Biarlah, sibuk je"balas Qaseh
"Biarlah, sibuk je" ajuk Qayyum.
"Kau ni kenapa hari ni asyik cari pasal dengan aku ni...haishhh"sambil menunjukkan buku lima kepada Qayyum
"Buekkk tak takut pun. setakat penumbuk kecik macam tu, kalau kena pun tak apa" ejek Qayyum seperti kebudak budakan.
" kau ni kaan" Qaseh mengetap giginya.
"Kamu berdua ni kalau tak gaduh sehari tak boleh ke?" tanya Nana.
"Tak tahu lah mereka berdua ni macam anjing dengan kucing" sampuk Aiman sambil menggelengkan kepalanya.
Sememangnya hobi lelaki ini yang suka mengacau Qaseh tidak kira masa sama ada di pejabat atau di luar pejabat.Kadang kala Qayyum sengaja menelefon Qaseh pada lewat malam untuk menganggunya. Tindakan Qayyum ini membuatkan Qaseh lali dengannya.
"Kamu berdua ni sweet la" kata rakan sekerjanya.
"Haaa..eeeeuuww tak ada maknanya aku nak dekat mamat ni"Qasih menunjukkan reaksi yang menggelikan.
"Halaaah apa salahnya kita kan sama cantik sama padan. Ok apa, aku suka" senyum Qayyum sambil mengangkat sebelah keningnya.
"Ehhh kau tak payah nak berangan ya, Kau dengan aku tak sepadan, tolong sikit."Balas Qaseh.
Yusuf hanya berdiam diri manakala Qayyum tersenyum senyum melihat Qaseh yang berada di hadapannya. Sesekali dia menatap wajah Qaseh sambil menongkat dagunya seperti dilamun cinta.
"Kau apahal tengok tengok aku macam tu. Nak kena tumbuk ke" marah Qaseh
"Boleh juga, aku pun tak pernah merasa kena penumbuk kau, hahaha"Qayyum ketawa berdekah dekah. Qaseh menunjukkan reaksi tidak puas hati terhadap Qayyum.
Share this novel