Bab 8

Short Story Series 582

Qaseh berlalu pergi dan cuba mendapatkan teksi untuk pulang ke rumah. Akhirnya sebuat teksi muncul dari pandangannya dan Qaseh pun berlalu pergi begitu sahaja. Qayyum tidak terkejut dengan kelakuan Qaseh yang meninggalkan dia begitu sahaja. Dia sudah tahu pasti ini pengakhirannya sekiranya dia berterus terang Qaseh.

Qaseh pulang ke rumah dan terus menuju kebilik tanpa berjumpa ibu bapanya terlebih dahulu. Ibunya kehairanan melihat tingkah laku anaknya yang pelik itu. Dia dapat menggagak bahawa sesuatu perkara telah berlaku yang menyebabkan Qaseh sebegitu.

Qaseh duduk di ruang meja solek sambil melihat cermin dan bermonolog sendirian.

"Mamat ni dah kenapa? Betul ke apa yang dia cakap tadi tu? Ke dia saja mahu main mainkan aku. Argghhh Qaseh... kau tak payah nak perasan lah mamat tu suka dekat kau. Dia main main saja tu."

Qaseh bingkas bangun dan mandi kerana dia tidak mahu berfikir berlebihan tentang perkara itu.

KEESOKAN HARINYA
_____________________

Qaseh tiba di tempat letak kereta di bawah bangunan tempat dia bekerja. Dia ternampak sosok tubuh yang agak dikenalinya sedang mengejarnya. Dia pantas berjalan ingin mengelak daripada sosok tersebut.

"Qaseh....tunggu aku" ternyata ianya adalah Qayyum yang tidak pernah serik dengan misinya ingin memikat hati Qaseh.

Qaseh membuka langkahnya dengan pantas, tapi apakan daya bukaan langkahnya terlalu kecil dan Qayyum dapat mengejarnya.

"Qaseh... nanti kita makan tengah hari sama sama nak tak?" tanya Qayyum sambil melentokkan badannya seperti budak budak dan dan mempamerkan senyuman yang agak manis.

"Tengoklah kalau aku tak sibuk" balas Qaseh walaupun hatinya agak cair melihat perlakuan lelaki itu.

" kalau boleh aku nak makan dengan kau dua orang saja." sambil mengenyitkan matanya.

"Mata kau tu dah kenapa? sakit ke? ke kau nak aku tambah"balas Qaseh agak garang.

"Qaseh janganlah garang garang. makin kau garang makin aku suka dekat kau."Qayyum menekan nekan dadanya tanda dia teramat suka dengan tindakan Qaseh yang garang.

Qaseh terus mempercepatkan langkah nya menuju ke pejabat sambil diikuti Qayyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience