Tanpa menghiraukan orang di sekeliling nya, Qaseh terus menikmati juadahnya dengan penuh nikmat. Ini menunjukkan bahawa dia sangat lapar setelah sekian lama sabar menunggu menu trrsebut. Satu satu dimasukkan ke dalam mulut sambil diperhatikan oleh dua orang jejaka iaitu Qayyum dan YUSUF.
"Sedap sangat ke Qaseh sampai orang sekeliling kau pun kau tak pandang."Sindir Qayyum.
"Diamlah kau. Aku sumbat dengan mee ni baru kau tau."Balas Qaseh sambil menunjukkan meenya kepada Qayyum.
Sedang Qaseh menelan meenya itu kelihatan Qayyum yang berada di hadapannya mengambil gambarnya yang sedang asyik makan itu.
" Kau ni dah lama hidup ke? Kau buang gambar tu.Yang kau ni nak tangkap gambar aku ni kenapa?" tengking Qaseh.
"Tak nak, Aku suka gambar ni.Aku nak post kat ig la"
"Buanglah gambar tu. aku tahu kau post, Nahas kau"sambil menjegilkan matanya
"Uishhhh takutnya aku. Buekkkk tak nak, Aku nak simpan juga gambar ni" sambil menjulur lidah kepada Qaseh.
"Erkkk macam budak kecil pula main julur julur lidah, kau ni budak budak ke?"
Qayyum terus senyap dan menundukkan kepalanya.
" Senyap pun kau" bisik Qaseh.
Share this novel