BAB 9

Romance Completed 2006

“Terima kasih.”Sungguh diia cukup terharu kerana menerima pujian itu. Walhal, pada mulanya bagai mahu tersungkur dia saat mendapat tahu dia dilantik sebagai pengarah baru syarikat tersebut.

Ikutkan hati dia sudah gagal berkali-kali, mahu saja dia mengalah namun setiap kali perkataan give up itu muncul dia akan segera teringat pesanan arwah suaminya telah membuatkannya kembali mengumpul sisa kekuatan yang tadinya beterbangan.

“Awak mengalah saja, terima sajalah wang imbuhan dari kami nanti. Saya tahu awak tak akan mampu melaksanakan tanggungjawab sebesar itu. Kalau awak tak dapat jaga syarikat dan cucu kami dengan baik biarlah kami saja yang menjaganya. Kami akan beri apa yang kamu taak mampu beri pada Melina.” Masih tergiang-ngiang kembali kata-kata sinis ibu mentuanya apabila mendapat berita dia akan menerajui syarikat arwah suaminya. Seakan mahu mematahkan semangatnya.

Mashitah cuba bersabar. Kata-kata penghinaan itu tidak dibiarkan menjadi kudis buatnya. Kini, dia berjaya membuktikan bahawa dia mampu memikul tanggungjawab itu. Menjadi wanita berkerjaya, sekali gus ibu tunggal pada anaknya. Ya dia yakin mampu meneruskan segala amanah suaminya ini selagi nyawa dikandung badan.

Matanya merenung langit biru yang luas terbentang. Bibirnya menuntum senyuman puas kerana melaksanakan impian arwah suaminya itu.

“Impian ini bukan impian abang sahaja tapi impian kita berdua,.” Namun Mashitah tahu, perjuangannya belum selesai. Dia akan terus menjadikan amanah dan impian mereka berdua sebagai peniup semangatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience