BAB 2

Romance Completed 2006

Namun adakah lelaki itu sudah lupa sejarah mereka dahulu? Ah! Mungkin Areef tidak mahu mengungkit dan mengenang kembali. Mereka sudah berjanji untuk tidakcmembuka kisah silam itu, tidak sama sekali!

“Apa yang dimenungkan ni? Dah lewat nampaknya. Mari kita balik. Nanti Melina meragam pula bila tengok kita balik lambat. Tentu dia tak tidur lagi.” Mashitah tersentak lantas menganggukkan kepala. Segera

teringatkan anak kecilnya itu yang sudah berusia tujuh tahun.

Areef kemudian mencapai jemarinya dan digenggam erat. Mereka berjalan beriringan

meninggalkan kafe hotel bertaraf lima bintang itu. Senyuman tidak lekang daripada bibirnya. Sungguh Mashitah bersyukur mendapat suami yang bertanggungjawab dan penyayang

seperti Areef yang tak pernah sekalipun melukai atau mengkhianatinya meski hubungan mereka in pernah diuji.

“Sayang, andai ditakdirkan abang pergi dulu, Shitah jagalah Melina baik- baik tau.” Bagai mahu jantung saat kata-kata itu memukul gegendang telinganya..

Mashitah menegakkan badannya sambil merenung ke arah suaminya itu kehairanan.

“Apa yang abang merepek ni, Shitah tak sukalah abang cakap macam ni.” Mashitah mengerutkan dahinya. Sungguh dia tidak menyangka Areef akan menyebut tentang kematian ketika dia

sedang dilamun angan-angan indah bersama suaminya itu.

“Bukankah ajal maut di tangan Tuhan. Tak kira apa jua yang berlaku, abang nak Shitah tahu abang sayangkan Shitah

dan Melina hingga ke akhir hayat.” Mashitah mula tidak sedap hati apabila Areef asyik menyebut tentang kematian, bukan sehari tapi sejak beberapa hari yang lalu lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience