BAB 4

Romance Completed 2006

Tubuhnya longlainya disandarkan ke kerusi, lalu kerusi it dipusingkannya dan dihadapannya kini satu panorama cukup indah dan mendamaikan. Andai saja hatinya juga sedamai itu. Tentu bahagianya dia saat itu. Namun, ia takkan berlaku, bahkan mustahil untuk berlaku lagi. Kerana kejadian sebulan yang lalu telah merentap seluruh kebahagiaan yang dibina olehnya selama ini. Susah payah dia menyemi kebahagiaan walau pelbagai dugaan mendatang, namun sekelip mata juga ia hilang dari genggaman. Apapun yang dilakukannya, ia tetap berbekas dan menjadi parut yang tidak mungkin akan dapat dirawat.. Bunyi mesin interkom yang terletak di atas meja membuatkan lamunannnya terhenti.

“Puan Mashitah, ada tetamu nak jumpa puan.” Ujar setiausahanya itu sekaligus melenyapkan memori yang bertandang di ingatannya sebentar tadi.

“Siapa ?” Setahunya tiada sebarang temujanji hari ini.

“Datin Zuliza.” Seakan ada ular sawa yang datang mematuk membuatkan tubuh Mashitah tersandar lumpuh. Perasaan itu datang lagi, perasaan kurang selesa dengan kehadiran wanita itu yang pasti menuntut pelbagai perkara yang menuntut kesabaran.

“Bagi dia masuk,” jawabnya ringkas.

Hatinya mula tidak enak.

Apa lagi mahu wanita itu bertemu dengannya ? Sedangkan selama ini wanita itu enggan bertentang mata dengannya. Mashitah berdoa

di dalam hati agar tiada apa yang tidak elok berlak. Dia membetulkan kedudukannya agar lebih selesa. Apa yang pasti, hatinya bagai ombak yang ganas bergelora.. Ketukan di pintu semakin

menambah deruman ombak di jantungnya yang semakin laju berdegup.

Tidak lama kemudian seorang wanita awal 60an yang mempamerkan pesona elite muncul. Mereka bertentangan mata seketika. Mashitah menelan air liur. Terasa jantungnya bagaikan berhenti berdegup ketika itu.

“Silakan duduk, Datin Zuliza.” Matanya memerhatikan wanita yang

cukup bergaya itu melabuhkan punggung di sofa sambik mata wanita itu melilau melihat persekitaran pejabat Mashitah.

“Datin, apa khabar?” sapa Mashitah memulakan perbualan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience