BAB 8

Romance Completed 2006

Sudah berhari-hari dia membuat solat hajat dan berdoa semoga masalahnya itu dipermudahkan. Tak putus-putus dia berdoa moga kemelut yang melibatkan harta ini selesai dengan baik tanpa ada sebarang permusuhan. Dan akhirnya dia menerima kejutan itu.

“Untuk makluman puan, arwah suami puan telah meletakkan nama puan sebagai waris kepada semua harta sejak tiga tahun yang lalu. Arwah mahu saya merahsiakannya daripada puan. Dia tidak mahu sesiapa tahu terutama ahli l keluarga arwah. Saya sendiri tidak tahu kenapa arwah berbuat demikian. Sebagai peguam, saya akur dengan permintaan arwah.”

“Maaf bertanya encik Andrew, Tapi, macam mana dengan wang RM500,000 yang dipinjamkan oleh Datin Zuliza ? Adakah dia mahu menuntut wang tersebut, kerana saya kurang arif akan soal ini. Setahu saya arwah suami saya ada meminjam wang sebanyak itu daripada mamanya sewaktu dia mahu membuka syarikat.” Mashitah menyatakan perkara yang merunsingkannya. Tertanya-ytanya mungkinkah kerana hal itu datin Zuliza menuntut haknya? Matanya

Kemudian hairan melihat senyuman yang terukir di bibir peguam suaminya itu.

“Jangan khuatir puan. Sebelum meninggal Arwah suami puan sudah melangsaikan hutangnya. Segala dokemen bukti pembayaran suda ada disimpan di dalam dokumen. Jadi Puan jangan risau.” Andrew cuba meleraikan kekusutan yang bersarang di hati wanita itu. Mashitah menarik nafas lega. Syukur Alhamdulillah Ya Tuhan. Sungguh dia tidak menyangka arwah suaminya masih membantunya meskipun suamnya itu sudah tiada lagi di dunia seolah tahu bahawa isterinya ini akan berdepan dengan masalah selepas pemergiannya. Mashitah tersenyum kelat.

Meskipun jasad dudah tiada, dia masih dapat merasa hangat kasih sayang Areef.

“Sebelum itu saya ingin mengucapkan tahniah! Saya tahu puan mampu melaksanakan amanah arwah dengan jayanya. Dan ternyata tidak silap lagi keputusan arwah suami puan” Sungguh dia tak menyangka Ucapan tahniah itu muncul dari bibir peguam peribadi arwah suaminya yang turut dilantik oleh Mashitah sebagai peguam syarikatnya. Ya benar, dalam tempoh beberapa bulan sahaja menerajuinsyarikat itu, sSyarikatnya telah berjaya mendapat tender projek bernilai jutaan ringgit daripada pelabur asing, satu pencapaian yang melonjakkan lagi nama syarikat suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience