BAB 7

Romance Completed 2006

“Annur saya nak keluar. Tolong bataklkan semua temujanji saya hari ini,” ujarnya lalu bingkas menuju ke luar. Tidak sabar rasanya untuk tiba ke destinasi yang dituju.Destinasi yang dianggap ‘last resort”.

Ya Allah, apakah ini penyelesaian kepada semua kemelet yang membelenggunya selama ini? Dia hanya mampu berdoa. Semoga nasib berpihak padanya kali ini. Apabila dia sampai ke bangunan pencakar langit itu, dia berhenti seketika. Cuba memastikan destinasi yang ditujunya itu betul. Ya! Dia tidak silap. Lantas dipercepatkan langkahnya memasuki perut bangunan itu.

“Ya, Encik Andrew sedang menantikan keharian puan.” Ujar gadis berskirt pendek itu di hadapannya lantas membawa dia menuju ke satu bilik. Mashitah melangkah masuk.

“Selamat sejahtera, Puan Mashitah, terima kasih sebab sudi datang dan maafkan saya kerana terlambat sedikit menghubungi puan ya,” ujar Encik Andrew.

Nama saya encik Andrew, peguam peribadi yang diamahkan oleh suami puan,” ujar Lelaki di hadapannya menghulurkan tangan, Mashitah menyambutnya lalu melabuhkan punggung di atas sofa kulit itu.

“Saya pasti puan tertanya-tanya mengapa saya meminta puan hadir hari ini ke sini.”

Sebenanrnya saya peguam yang dilantik oleh arwah suami puan untuk menjalankan amanah sahaja. Puan tentu sudah sedia maklum tentang aset

yang arwah suami puan ada sekarang bukan? Untuk pengetahuan puan, Semua aset termasuk syarikat, rumah di Malaysia serta beberapa lagi hartanah di Canada, saham dan wang simpanan peribadi

arwah suami puan telah diwasiatkan kepada puan. Dan pemilikan itu berkuatkuasa sebaik saja Encik Areef meninggal dunia.” Tersentak Mashitah mendengarnya. Ya Allah! Kahabar berita apa yang Engkau berikan pada aku ini. SUngguh dia bersyukur. Inilah yang diharapkannya selama ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience