BAB 5

Romance Completed 2006

“Saya tak ada masa nak bertanya khabar. Saya tahu awak gaham tujuan kedatangan saya ini. Saya tidak mahu membuang masa.” Angkuh sekali wanita yang bernama Datin Zuliza itu. Mashitah cuba

menahan hatinya. Kalau diikutkan hatinya, mahu saja dia menengking dan menghalau wanit itu keluar, tapi dia enggan berbuat demikian.

Kerana dia masih lagi menghormati status wanita di hadapannya itu.

“Lebih baik kau berambus saja dan tak perllah nak merumitkan keadaan, kita tahu siapa yang lebih berhak bukan?” Mashitah menghela nafas panjang.

Mengalah? Tidak semudah itu dia mengibarkan bendera putih.. Apa hak wanita di hadapannya itu untuk mengambil alih syarikat yang telah dibina bertahun-tahun oleh arwah suaminya itu seorang diri? Syarikat itu tidak berkongsi nama dengan mana-mana ahli keluarga pun.

“Datin, jika datin rasa saya akan mengalah semudah itu, saya ingin tegaskan yang datin silap. Saya akan tetap memperjuangkan hak saya,” ujarnya tegas. Dia sememangnya sudah menjangka perkara itu akan berlaku. Cuma tidak menyangka ia akan berlaku secepat itu. Apatah lagi di saat dia masih berkabung meratapi pemergian suami yang juga anak kepada wanita dihadapannya itu.

“Alright, no need arguing. Leth the court deicide who have fully rights of all Areef’s assets.” Ujar Datin Zuliza bangun seraya melangkah ke pintu meninggalkan Mashitah.

“And one more thing,. Saya tak pernah anggap awak menantu saya. Jadi jangan ingat awak akan dapat bolot walau sesen pun harta anak saya, faham, ingat tu dalam kepala otak awak. Jangan pernah bermimpi!” tambah Datin Zuliza meninggalkannya dengan senyuman sinis.

Mashitah merasakan bagai ada batu yang menghempap kepalanya saat itu. Ya Allah, Abang! Shitah tak kuat nak hadapi semua ni. Dia merintih memohon belas, namun hanya Allah saja yang maha mengetahui gejolak hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience