Setelah semuanya selesai, syah dan iman ditegaskan supaya duduk dalam satu rumah setelah mereka sah menjadi suami isteri. Maka bermulanya, kehidupan mereka berdua sebagai suami isteri..
Dirumah Iman , Iaitu rumah yang telah disediakan oleh Keluarga iman untuk syah dan iman. Syah menyorong bagasi nya ke dalam rumah itu .Iman menutup bonet keretanya dan memasuki rumah mereka bersama samaan. 'Masukla, tercengat kat situ buat apa sayang oi' kata iman lembut. Apabila melihat syah berdiri sahaja dihadapan pintu tersebut.
Syah yang mendengar suara iman itu pun cepat memasuki rumah dan menutup pintu. Syah pun memulakan perbualannya dengan iman. 'kita tidur sebilik ke?' tanya Syah. 'yelah takkan tidur asing pulak ' jawab iman. 'tak boleh tidur asing ke ?' tanya syah lagi. 'tidur asing? kenapa nak tidur asing ? Kita tidurla sama sama' kata iman dengan nada menggoda. 'ermmm' kata syah. (memikirkan sesuatu penyelesaian).
'Sayang, takkan kita nak skip malam pertama kita, tak best la macam ni' kata iman. 'jangan nk gatal sangat, minggu depan dah habis cuti semester, sambung belajar lagi, jangan nak gatal sangat eh'kata syah. 'alaa..orang nak manja sikit jerr' kata iman. 'dah , dah. pergi mandi dulu. tidur sebilik tapi tak sekatil OK.' kata Syah memberitahu penyelesaiannya. 'alaaa'kata iman tak puas hati.
Setelah iman selesai mandi, keluar dengan hanya tuala mandi menutupi separuh badannya. Six pack nya kelihatan Dan dia menyakat syah. 'sayang. handsome tak abang ?' kata iman. Syah membuat muka meluatnya kepada Iman dan terus memasuki bilik mandi.
Selesai saja mandi dan berpakaian tidur, syah menyiapkan makan malam didapur, bersama iman. 'aaaaa...nak makan apa?' tanya syah. 'panggil la abang, sayang ni,.' kata iman dengan nada merajuk. 'abang, nak makan apa ?' tanya syah dengan berbelit belit lidahnya menyebut abang.
'abang makan apa je yang sayang masak,' jawab iman. 'OK' kata syah. Syah memasak ayam masak merah dan nasi. Selesai memasak, mereka berdua menikmati makan malam bersama.
Selesai makan, Iman menuju ke bilik terlebih dahulu. Manakala syah, mencuci pinggan mangkuk di dapur.
Share this novel