m. Syah bersama kawan baiknya, pergi ke tempat makan di bangunan sebelah kiri kelas nya. Dalam perjalanan menuju ke tempat makan disitu , Syah dilanggar oleh seorang lelaki tinggi.Sehingga dia terjatuh ke lantai. Siapa lagi kalau bukan NORIMAN ZAINUDDIN. 'Sorry' kata lelaki itu dengan nada berpuas hati dan tidak ikhlas. 'kau pehal ha?!' tanya Syah yang bangun dari lantai. Kawan baik Syah menolong Syah bangun dari situ.
'oopss, tak sengaja, kau pendek sangat sebab tu la aku terlanggar kau. hahahahahahaha' kata iman dengan ketawa nya. 'kau ni cari pasal eh! ' kata syah dengan menunjuk tangan yang digenggam menjadi buku lima untuk menumbuk. 'relaks la , kau memang pendek pun, hahahahahahaha' kata iman lagi. 'diam la mulut kau, GALAH' kata Syah dengan sinis.
'What? kau panggil aku galah?' tanya iman dengan mukanya tidak puas hati. 'Yes, so what?' kata Syah merasai kemenangannya. ' sorry sikit eh, aku ni bnyak peminat kat sini, sekali aku petik jari berkumpul orang datang . tak macam kau tomboy' jawab iman. ' kau panggil aku tomboy!?' tanya Syah lagi. Syah mendekati iman, lalu dia menendang kaki iman tepat pada lututnya .Lalu Syah berbisik kepadanya, ' kenapa kau tak petik je jari kau tu, bukan kau cakap berkumpul orang datang kat kau ke?' kata Syah sinis.
'guys, jum pergi makan' kata Syah kepada kawan baiknya itu. Iman ditinggalkan di situ kesakitan. 'tak guna punya gadis tomboy tu' kata iman sendiri, dengan keadaannya yang terduduk dilantai menahan sakit nya.
Di meja tempat Syah dan kawannya makan, kawan- kawannya berbual dengan syah. 'ui, Syah, macam mana kau kenal laki tadi tu?' tanya aina. 'Yelah, Syah. macam mana kau kenal dia?' celah wini. 'tak , aku tak sengaja langgar dia pagi tadi masa otw ke kelas, ' jawab Syah. ' jadi dia la penyebab kau lambat masuk?' tanya aina lagi. 'yes!, tepat sekali. ' kata Syah. 'Tapi kan, setahu aku la, si galah yang kau cakap tu, dia anak kepada boss yang meneraju syarikat besar yang ada company dia di luar negara.' jelas wini.
' Dia tetap akan jadi musuh aku, sampai bila bila.' kata Syah. ' Tak payah kau nak yakin sangat dia jadi musuh kau selamanya, nanti jadi suami isteri baru kau tahu.' kata aina bergurau. ' Weyhh. Na, kau jangan cakap macam tu, nanti jadi doa, jadi bahagia selamanya pulak kawan kitew ni' sambung Wini lagi. Mereka berdua bergelak tawa kecuali syah.
' Seronok eh, korang. Nanti aku tumbuk korang satu satu baru tahu' kata syah. ' ileks la syah, gurau gurau jee' kata aina. Mereka berbual bual sampai masa rehat tamat. Dari jauh, seseorang memerhatikan mereka. ' siapkan diri kau syah , sebelum aku mula .hehehehehe' katanya sendiri.
Share this novel