b. Syah dalam perjalanan untuk pulang me rumah. Tapi, jalannya dihalang oleh seseorang. Orang itu, ada lah iman. ' oi. kau dah kenapa berdiri tengah jalan ni' marah syah. Iman masih berdiri dihadapan syah tanpa memandang syah. 'Hello, tengok lah sini, aku tengah cakap dengan kau ni, bukannya cakap dengan tunggul ' kata syah sambil memetik jari dihadapan muka iman untuk menarik pandangan iman kepadanya.
'Kenapa? kenapa hati aku ni berdegup lagi kencang bila dia dekat dengan aku?' tanya iman dalam hatinya. 'NORIMAN ZAINUDDIN ! ' jerit syah. ' Dia ingat nama aku? but why? macam mana ? ' (Dan lagi tertanya tanya dalam hatinya).
Akhirnya, iman menggumpul segala keberaniannya dan mula bercakap dengan Syah. ' Syah, aku ada benda nak bincang dengan kau' kata Iman. ' benda apa? kau ni kacau la , aku dah lewat nak balik ni. Kau mesej je aku lah.' kata syah. Syah mengambil sekeping kertas kecil dan menulis nombor telefonnya dan memberi kepada Iman.
Syah berlari menuju ke skuternya dan terus memecut laju takut dimarahi oleh ibunya kerana lambat pulang ke rumah. Iman melihat syah dari jauh. ' Cute thing ' kata iman tanpa dia sedari. ' what ? cute ? serious aaa?' (setelah menyedari apa yang dikatanya tadi, dia terus menampar mulutnya sendiri)
Malam itu, Syah membuat assignment nya dan tiba tiba telefonnya berbunyi menandakan pesanan baru masuk. Dia mencapai telefonnya dan melihat ke skrin telefonnya. Nombor tidak dikenali, menghantar pesan kepada Syah.
Syah membuka pesanan itu. "oi, aku ni Iman. Aku ada benda nak bincang dengan kau' (Pesanan dari iman) " Ye tak ye jugak kan aku ada bagi nombor aku kat mamat ni'' kata syah sendiri. "Jumpa aku kat luar U kat cafe . Esok lepas kelas " (satu lagi pesanan diterima)
'Aishh..mamat ni. Rasa nak tumbuk pun ada ' kata Syah. Syah hanya menjawab pesanan iman dengan satu perkataan. Iaitu 'OK'. Syah pun menutup telefonnya dan membaringkan diri ke atas katilnya. 'Apa benda yang mamat ni nak bincang ? sampai nak berhadapan pulak?' kata syah dalam hati dengan penuh perasaan tanda tanya.
Keesokan paginya, Syah pergi ke U dan menamatkan kelasnya di petang hari. Dia melihat telefonnya. Iman menghantar pesanan lagi. "oi. Aku tunggu kat Smooth Cafe ni, cepat datang"(pesanan iman). 'Aishhh .menyusahkan la mamat ni' keluh syah dan dia memecut laju ke smooth café dengan skuternya.
Syah memasuki Café itu dan menjumpai iman. Iman duduk disebuah kerusi disebelah tingkap. Syah mendekati iman dan duduk di hadapan iman. 'oi. apa yang kau nak bincang ni? cakap la!' kata Syah kepada Iman.
Iman pun bersuara. 'aku nak pastikan perasaan aku sebenarnya' kata iman perlahan. ' perasaan? perasaan apa?' tanya syah. 'perasaan aku kat kau la bongok!' kata iman. Syah terdiam sebentar. 'Kau ada perasaan kat aku ? kat si tomboy ni?Serious aa?' kata syah inginkan kepastian.
Share this novel