p. Setiap kali bertembung, pasti ada pentengkaran antara syah dan iman. Tidak jauh sama nya perangai mereka berdua seperti anjing dengan kucing yang saling bermusuh. Begitulah , seharian mereka di University sepanjang belajar di sana.
Oleh kerana satu peristiwa, mengubah kehidupan seseorang. Seperti kehidupan mereka berdua..Saling bermusuh musuhan setelah peristiwa dimana mengejek antara satu sama lain dengan panggilan kasar.
Taman University,
Syah duduk berseorangan di sebuah bangku di sebelah kanan taman itu.Dia mendengar lagu menggunakan earphone sambil membaca buku.
Dari jauh seseorang memerhati gerak gerinya. Siapa lagi kalau bukan iman. Sejak kebelakangan ini, iman sering memerhati dan mengikuti ke mana syah pergi tanpa diketahui oleh syah sendiri.
Iman ingin tahu apakah perasaannya sevenarnya kepada syah. Setiap kali dia bertembung mata dengan syah, hati nya tiba tiba berdegup kencang tanpa alasan yang munasabah.
Sebelum ini, selama dia dan syah bergaduh dan sambil mengejek sesama sendiri, hatinya tidak berasa seperti itu. Perasaan nya terhadap syah menjadi pelik dari kebiasaannya.
Iman pernah bertanya pendapat dari kawannya. Kawannya, berkata.' ohh. hati berdegup kencang bila tengok mata perempuan ni, selalunya, kita ada perasaan cinta dan sayang dengan perempuan tu' jelas kawan iman.
Dan iman seperti orang gila apabila mendengar kata kawannya. "Maksudnya aku suka dengan syah ke?" tanya iman dalam hati. Dia seperti tidak dapat menerima hakikat kerana egonya terlalu tinggi untuk menerima kenyataan bahawa dia telah jatuh cinta kepada musuhnya sendiri ,iaitu Syah.
'No, musuh tetap musuh. She is my enemy not lover.!' kata iman sendiri kepada dirinya untuk tetap dengan pendiriannya untuk menganggap syah sebagai musuh nya.
Mampukah iman menahan rasa cinta Dari mengungkap perasaan itu kepada syah? Setinggi mana ego si iman untuk tetap akan pendirian nya untuk menganggap Syah sebagai musuh nya ?
Nanti kan di chapter seterusnya.
Share this novel