Bahagia

Short Story Completed 7502

Lebih kurang setahun sudah iem dan syah berkahwin. Mereka masih belum mendapat rezeki zuriat. Syah telah menamatkan pelajarannya dan mengambil keputusan untuk kerja. Iem juga tidak melarangnya untuk bekerja.


5 BULAN KEMUDIAN...


Syah sudah bekerja disebuah syarikat yang memasarkan produk kecantikan iaitu SIMPLY BEAUTY ,dan mempunyai ramai kawan baru.

Suatu hari, Syah menuju ke tempat kerja. Belum sempat syah keluar dari lift yang dinaikinya . Dia terasa pening pening dan loya lalu jatuh pengsan.Teman teman pejabatnya ,pun membawa syah ke hospital untuk rawatan lanjut. Mereka juga menelefon suami syah iaitu iem .


Iem yang berada ditempat kerjanya itu pun bergegas menuju ke hospital . Dia memandu dengan pantas,sambil tangan lagi satunya mendail nombor keluarganya untuk datang ke hospital. 'ma, syah masuk hospital .Tolong datang ma' kata iem kepada mamanya. Dia juga menelefon ibu syah untuk datang.

Setibanya iem dihospital, dia tergesa gesa menuju ke kaunter nurse dan bertanya tentang syah. 'SYAHFIRA AMIRA, bilik nombor berapa? ' Tanya iem dengan tercungap .'SYAHFIRA AMIRA, ada di bilik 121 ya encik' kata nurse itu. Iem pun menuju ke bilik tersebut. Dia mencari kelibat isterinya. Rasa risau tidak berhenti didalam hatinya, cuma inginkan keselamatan isterinya terjaga.

Setelah ,tercari cari, seorang kawan isterinya pun membawa iem ke arah syah. Rupa rupanya, iem tersalah masuk bilik, dia memasuki bilik nombor 120.Iem dan kawan sepejabat isterinya pun menuju ke tempat syah berada. Iem melihat syah masih terbaring tidak membuka matanya di atas katil tersebut.

Lalu, iem bertanya tentang isterinya nya kepada doktor. 'doc, macam mana isteri saya doc? dia baik baik je kan.. dia tak da masalah kan doc' kata iem. 'tahniah encik, ' kata doktor itu sambil berjabat tangan dengan iem. iem dengan mukanya yang blurr lagi kan pelik itu pun bertanya lagi kepada doktor. 'apa ni doc, isteri saya tengah terbaring macam ni doc, cakap tahniah' kata iem lagi. 'Isteri encik berbadan 2 sudah' kata doktor itu.


Lagi sekali, iem cuba untuk memahami ayat doktor itu. Setelah 10 minit berfikir, barulah dia memahami ayat doktor itu. 'kalau isteri aku berbadan dua, makna nya aku akan jadi daddy lah nii' kata iem dengan senyuman lebarnya. Iem pun menjerit kegembiraan. 'yess.. yess.. I will be a daddy' jerit iem. Dan tiba tiba, syah terbangun . 'apa ,buat sini?' tanya syah.

'sayang, nak tahu tak? ' tanya iem. 'tahu apa nya ?' tanya syah kembali. 'Sayang mengandung...yeayyy' kata iem. 'pregnant? serious?' kata syah. Syah pun menangis kegembiraan. Belum lama selepas itu, keluarga mereka berdua pun datang. Ibu syah sangat risau terus memeluk syah yang duduk diatas katil. Begitu juga mama iem.

Mereka pun bertanya kepada iem dan syah, sebab syah masuk ke hospital. 'kenapa masuk hospital ni? syah sakit eh?' tanya mama iem. 'syah, cuba bagi tahu kisah sebenarnya ni' kata ibu syah. 'Ibu, Mama, sebelnarnya syah bukan nya sakit, tapi..'kata syah..'tapi apa syah?' tanya ibu dan mama. Tiba tiba iem menyampuk, 'syah mengandung ,mama, ibu.. anak iem' kata iem lagi.

'Ya Allah ,alhamdullillah, ada juga rezeki kami ni bercucu tahun ni' kata ibu dan mama. Mereka tersenyum kegembiraan, senyuman mereka tidak dapat disembunyikan lagi, rasa bahagia melihat anak nya bahagia.


9 BULAN 10 HARI,...

Syah mengandungkan seorang anak dari rahimnya sendiri. Sampailah masanya, iaitu hari ini. Dia akan melahirkan, seseorang ke dunia ini.

DIDALAM BILIK BEDAH,

Syah ditemani oleh iem untuk menjadi pemberi semangat kepada syah untuk melahirkan anak mereka secara normal dan bukan scissors. Setelah 3 jam bertarung nyawa untuk melahirkan seseorang ke dunia, akhirnya perit meneran anak pun mulai hilang apabila melihat muka si anak yang baru lahir itu.

Syah dan iem dikurniakan seorang anak perempuan, yang diberi nama QAISARA ANISSA BINTI NORIMAN. Iem pun mengiqamat anaknya dan seterusnya memberinya kepada isterinya untuk disusu kan.

Begitu lah cinta mereka, hubungan suami isteri itu akan kekal lama jika tidak didatangi oleh orang ketiga. Hubungan syah dan iem yang dahulu nya ber kau aku kini menjadi abang sayang. Setelah dikurniakan anak, hubungan mereka semakin mesra dan business iem mulai berjaya.


Iem dan syah membina sebuah keluarga yang utuh dan sangat bahagia .

Seorang suami perlukan sokongan dan dukungan dari isterinya. Dan jangan sesekali kerana nafsu, kebahagiaan keluarga hilang.


-TAMAT-

Gaiss, this last chapter, dah tamat okay. Done short story, MISS TOMBOY, MARRY ME! BY SITI NURSYAHIERA. TQ, for support my short story. :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience