Perasaan ?

Short Story Completed 7502

'Serious lah kau ada perasaan kat tomboy macam aku ni?' tanya syah lagi. 'Kenapa? kau tak suka aku ?' tanya iman. 'Tak ada lah. kau ni salah makan ubat ke? tiba tiba je ada perasaan kat aku' kata syah. 'Aku betul betul ni syah, ' kata iman menunduk.

'Tapi, aku tak ada perasaan kat kau, nak buat macam mana' kata syah. Syah
dan bercakap lagi kepada iman. 'Aku tak dapat nak suka kau, selagi kau musuh aku. dah aku cau dulu eh.' kata syah. Sebelum syah pergi, tangannya ditahan oleh iman.

'Aku akan buat kau suka kat aku syah, kau tunggu dan aku akan kahwin dengan kau' kata iman. ' Kau dah gila ke? lepas lah' kata syah melepaskan tangannya yang digenggam oleh iman tadi. Syah berlari menuju ke luar dan memecut laju setelah menaiki skuternya.


Syah terus memecut laju menuju ke rumahnya. Setibanya dirumah, Dia terus membaringkan diri di atas kerusi ruang tamu dan menghela nafas yang panjang. 'haaaaaa' hela syah. Ibunya yang baru selesai memasak makanan pun mendekati Syah. 'Syah kamu ni dah kenape?' tanya IBU Syah. ' tak da apa ma, syah penat ja' kata syah menjawab.

Setelah beberapa minit berbaring dikerusi ruang tamu, syah menuju ke bilik nya dengan longlai. Setibanya dibilik, dia menghempas badanya diatas katilnya. Lalu ia terfikirkan kata kata iman tadi. " aku tak percaya la mamat tu, dia dengan aku ni, macam anjing dengan kucing kot, setiap Kali kitorang jumpa, demam apa mamat tu tiba tiba je syok kat aku..meremang pulak aku' kata syah sendirian.

Selepas itu, Syah mandi dan menolong ibunya menyediakan makanan didapur. Dalam beberapa minit, mereka berkumpul dimeja makan dan menjamu selera makanan malam.

Tepat Jam 9:00 PM, syah yang selesai membasuh pinggan mangkuk terus menuju ke bilik nya untuk menyiapkan kerjanya dan tidur.

Tiba di bilik nya, syah mengambil tempat dimeja belajarnya. Lalu dia membuat kerjanya sehingga larut malam. Hinggakan tertidur dimeja belajarnya.

Keesokan paginya,

Syah dengan kelajuan pantasnya mengemas buku buku belajarnya dan mencapai handphone nya. Lalu, berlari menuju ke luar rumah. Tibanya diluar, Syah menaiki skuternya dan memecut laju menuju ke U.

Nasibnya baik, kerana sampai tepat pada waktunya. Syah menuju ke bilik belajar sambil menghela nafas lega. 'huh, nasib sempat' hela syah.

Syah mengambil tempat disebelah wini Dan aina. Mereka berdua tidak pernah lambat kerana, mereka dihantar ke U oleh prang tua mereka. Manakala, syah memandu skuternya sendiri.

Mereka pun mula belajar setelah pensyarah datang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience