chapter 11

Other Series 4240

'qal? anak mama, macam mana aku nak cari dia. nama penuh pon aku tak tahu. adakah Qal tu Haiqal, tau qalifah adoii pening aku. "err mia kau boleh tolong aku tak, carikan abang aku nama dia qal" aku cuba minta bantuan mia kot2 laa mia ada kawan yang boleh bantu. "abang kau? sejak bila kau ada abang" soal mia.

" aku baru jer tahu yang aku ada abang, tapi kami sama mak lain bapa" aku pandang mia mohon pertolongan. aku harap sangat mia mahu tolong aku. "cop2 aku tak faham laa cuba kau cerita dari awal" aku cerita semuanya kepada mia. mungkin mia boleh tolong aku. aku jugak menunjukkan beberapa keping gambar abang aku sewaktu kecil. tetapi info yang aku berikan masih belum cukup. ye laa gambar masa kecil dengan sekarang mesti berubah.

_________________________________________________

hari makin hari, mama kelihatan muram, bisnes mama juga hampir merosot. walaupon sudah dibantu oleh dato Razak. kesihatan mama tak payah laa cakap, mama selalu sakit.

" qal, qall...mna la kamu pergi. mama rindu dekat kamu" rintih mama. sayu hati ini melihat mama dalam keadaan yang tak terurus. sudah puas aku mencari qal. mama pon satu bagi info yang tak lengkap dekat aku. tapi mama ada bagi tahu yang anak lelakinya takut darah dan mempunyai luka seperti torehan pisau di lengan tangannya.

" mama makan sikit, nanti sakit. macam mana kita nak cari abang nanti mama, along janji dengan mama, along cari abang ye" aku pujuk mama untuk makan. aku menyuap makanan ke mulut mama.

_________________________________________________

"hello adik, kau dekat mana. skrg, kau sihat" soal Sofea. aku patut menghubungi adik untuk maklumkan keadaan mama setelah sekian lama menghilang. ini pon aku menghubungi adik melalui fb. "yee along. aku sihat je, kenapa along cari aku, lagipon aku ada kat butik tengah kerja. customer aku tengah ramai ni nanti kita bual lain yee" balas syakirah iaitu adik aku.

"errr... kejap kirah, along nak cakap sikit pasal mama ni" aku menceritakan apa yang berlaku atas mama. "ooook, petang nanti kita jumpa, kau bagi jer lah nanti gambar tu kat aku"balas kirah.

"wei, sekarang ni kol brpa dah. aku nak kena jumpa adik aku ni" tanya Sofea kepada mia.
" dah kol 5" jawab mia. aku mengemas apa yang patut. aku menuju ke butik adik aku. adik aku ialah seorang fashion designer. banyak rekannya yang mendapat sambutan. sebab itu dia jarang pulang kerumah mama.

"err... saya nak jumpa syakirah, dia ada" tanya aku kapada salah seorang pekerja di situ. ini pertama kali, aku ke butik adik sendiri. begitu cantik rekaannya. 5 tahun aku kerja belum tentu aku mampu beli.

"cik syakirah ada di dalam, jemput masuk yer." aku menuju ke bilik syakirah. macam mana laa agaknya rumah kirah, kalau butik pon dah cantik dan besar macam ni tak mustahil rumahnya besar kalah rumah mama yang banglo itu. aku jerlah kerja makan gaji dengan orang. apa laa nasib aku.

" Hai along, lamanya tak jumpa, maaf la aku sibuk sikit lately ni" kirah memeluk aku, melepaskan rindu semahunya. "sayang along dekat kirah. kirah, along rasa kita kena tolong mama cari abang anak mama dengan suami pertamanya," aku memulakan perbualan.

"kesian along tengok mama, nak kata ada masalah bisnes, dah ok. maybe dia rindu sangat anak dia" sambong aku. tapi aku dengan kirah pon anak dia jugak tapi kenapa dia benci kami. "malas laa kirah nak tolong mama, fikir balik apa yang di buat dekat kita dengan papa, kirah rasa benci pulak" luah kirah.

"kirahhh..lupakan jer lah apa yang berlaku dekat kita. lagipon mama dah berubah. bantu along carikan abang kita" pujuk aku. aku pandang muka kirah agar dia dapat rasa apa yang aku rasa.

"along nak tak biskut chip ni, kirah baru buat semalam. teringin sangat nak makan" kirah hulur satu balang kecil pada aku. "maaf kirah, along tengah diet, banyak kalori tu" aku menolak kembali balang tersebut. "tak nak sudah, kira habiskan. sedapp along, rugi tak makan. bukan senang, kirah nak buat" ujar kirah mempromote biskutnya. krukk..krukk bunyi biskut yang dimakan oleh kirah. perghh bunyi dia, ranggup sangat. lapar wei..ehhh tak boleh diet. demi Haiqal.

"mana gambar yang aku suruh kau bawa tu, nanti aku suruh kawan aku carikan" tanya kirah. arghhh lupakan pasal biskut. fokus pada tujuan aku. aku hulurkan beberapa keping gambar mama dengan abangnya itu kepada kirah. "ada klu lain tak selain gambar ni". aku menceritakan apa kelemahan abang yang takut pada darah dan ada kesan torehan pada lengan tangannya kepada kirah, mungkin itu satu klu. "itu saja yang aku dapat dari mama" jawab aku lagi.

_________________________________________________

"maaf ganggu, encik Haiqal ada tak" soal aku kepada salah seorang pekerja disitu. "ada" jawab pekerja itu. aku melajukan langkah menuju ke bilik Haiqal, baby boo kesayangannya. "baby, baby sihat. lama tak jumpa baby.rinduuu.."aku merempuh masuk ke bilik dia. Haiqal agak terkejut dengan tingkah laku aku. "oiii asal kau boleh masuk ni. baby2, ishhh rimas laa. kerja aku tengah banyak ni" balas Haiqal tanda meluat.

"relax laa baby, sayang datang ni ada hal, tapi sebelum tu jemput la makan nasi goreng yang sayang buat khas untuk baby" aku menghulurkan Tupperware yang berisi nasi goreng. selain kopi, dia juga pandai buat nasi goreng. benda yang mudah dan simple jer dia pandai buat. "bagi nasi goreng ni kau kata ada hal. baik tak payah" Haiqal memerli ku.

"ehhh sebenarnya, project kita dah siap, jadi sayang nak jemput baby dengan keluarga datang sempena hari pembukaan" disebabkan ini gabungan antara syarikat baby dengan sayang. so, sayang jemput jerlah baby" balas aku, ingat aku tak ada kerja lain selain mengayat kau.

"errr...bila tu" soal Haiqal sambil menguyah nasi goreng. 'eheleehh.. tak suka konon kau makan jugak nasi aku, sedap la tu'. "hujung bulan ni. semuanya selesai. sayang pon dah tak jumpa baby dah lepas ni" balas aku dengan gaya sedih. yela hampir dua tahun project ni dapat diselesaikan. sepanjang tempoh itu, aku dapat turunkan berat badan sebanyak 10kg. bukannya senang.ambil masa yang lama jugak.

"insya allah nanti aku datang" aku tersenyum puas. aku tatap wajahnya lama, mungkin lepas ni aku dah tak jumpa si Haiqal ni. sedihnya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience