chapter 12

Other Series 4240

"Hello bos, saya dah hantar kad jemputan ke sweet global tadi, semuanya udah bereh boh" aku menegur bos secara santai. aku sungguh gembira hari ni, ye laa baru balik dari jumpa crush. alaa semua orang begitu, jumpa crush bukan main happy.

"ok bagus, Sofea kenapa saya tengok kamu dah makin kurus sekarang ni, plus makin cantik jugak, buat saya jatuh cinta laa" ujar bos. kata2 bos mengejutkan aku. tak mungkin laa bos nak jatuh cinta dengan aku, dia ada rupa, duit mesti ramai orang nak. aku apa ada.
"errrr, tq bos. bos apa kurangnya handsome bertuah sapa dapat buat bos jadi suami" aku memuji bos. ye laa orang dah puji kita, kita puji la balik, tapi aku tak puji seseorang tu klau tak betul. means that, dia betul2 handsome. "handsome apa nya, klau calon pon x dak lagi. awak sudi tak jadi calon saya" soal bos kepada aku. aku mengaru-garu kepala. apa yang aku nak jawab ni. dia melamar aku ke, dengar ayat macam melamar. klau betul malu wei.

"errr, apa dia bos boleh ulang balik tak." aku menyuruh bos mengulangi kata2 nya semula. "saya tanya kamu, sudi tak kamu jadi calon isteri saya". aku ternganga, biar betul bos ni. tak romantik langsung, melamar aku dalam pejabat dekat pantry pulak tu. klau orang lain siap buat candlelight dinner lagi. tahu laa sekarang waktu lunch. dekat pantry tiada orang. sebab tu laa bos berani melamar dia.

"errr, bos bagi masa saya fikir ye." aku cuba mencari alasan.dia mengangguk tanda faham yang aku perlukan waktu. "Sofea, tolong buatkan saya kopi yang sedap tu, hari tu kamu tak ada, mia yang tolong buatkan, tapi kurang sikit rasa dia". complaint bos. hahhahaa, aku tahu cerita tu, hari tu mia telefon aku, semata-mata nak buatkan kopi untuk bos.

"ok bos" aku membuat thumb up kepada bos. aku mengambil segelas cawan lalu membancuh kopi special kepada bos. kami berbual-bual kosong. kadang2 kami ketawa, lawak jugak bos ni. tapi bila waktu kerja, mesti keluar perangai annoying dia. Menyampah pulak aku.

________________________________________________

"wei, mia tadi masa kau lunchkan, bos ada melamar aku jadi isteri dia" terkejut mia. "biar betul" tanya mia mohon kepastian. aku mengangguk kepala.

"habis tu apa kau jawab dekat bos" mia tersenyum lagi betul tekaannya yang bos suka dekat Sofea sahabay baiknya. untung laa mia dapat makan nasi minyak tahun ni. "aku cakap dekat bos, beri aku masa. wei aku tak tahu laa nak cakap apa. yang pasti aku suka dekat Haiqal tu." pening Sofea. dia cuma mahukan pendapat orang lain. patutkah aku tolak lamaran dia.

"err..apa kata kau terima jer lamaran dia, daripada kau kejar si Haiqal tu, belum tentu kau dapat. lagipon aku tengok kau yang terhegeh-hegeh dekat dia" mia memberi pendapat. kita sebagai orang perempuan mesti mencari lelaki yang sayangkan kita, baru hidup lebih bahagia.

"nanti la aku fikirkan, lagipon kepala aku tengah serabut ni. pasal masalah abang aku. mama aku asyik sebut2 jer nama anak dia." aku memicit kepala. cuba tenangkan fikiran sekejap. aku pergi ke surau untuk solat dan tenangkan diri disana.

_________________________________________________

"Hello, cik syakirah ada tak, saya datang ni nak fitting baju." tanya Haiqal pada pekerja di situ.
"Ye, Haiqal, sampai sudah awak. penat saya tunggu, asal lambat" aku menyapa dia. penat aku menunggu dia dari pukul 2, sampailah sekarang pukul 3. tadi datin sekeluarga sudah fitting baju, hanya anak teruna nya seorang ini yang tak hadir. Haiqal Hakim, sedap nama tu.

"ohh sorry, tadi saya ada meeting baru je habis ni" memang nampak yang Haiqal tergesa-gesa kemari dengan muka kepenatan. aku mengambil ukuran baju, dan kami berbual-bual sikit. maklumlah lama dah jumpa dengan si Haiqal ni.

"cik Syakirah....cik syakirah ada orang tangannya luka terkena gunting masa nak jahit. teruk jugak lah luka tu." macam2 hal pulak berlaku hari ni. time2 ni jugak nak kena gunting. "hah tu dia, dia dah datang" tunjuk pekerja itu kepada aku. "kejap ehh Haiqal sayang nak tolong pekerja saya sekejap" aku menyuruh Haiqal menunggu sebentar, sebab aku masih belum puas mahu berbual-bual dengannya.

"hah, letak dia dekat situ" satu2 tempat disebelah Haiqal. luka ditangannya agak teruk, banyak darah yang keluar. aku menyuruh pekerja aku menelefon ambulans. "err... da...daa..darah" tersekat-sekat suara Haiqal. lalu pengsan. aduh ni pulak pengsan. apa yang aku nak buat. aku cuba membuka lengan bajunya agar dapat udara yang masuk. sewaktu aku membuka lengan baju Haiqal. aku ternampak kesan torehan di lengannya.

mungkin ini Haiqal, anak yang mama tengah cari. tapi tak mungkin laa sebab nama ayah Haiqal dato Razak tak sama dengan nama bekas suami mama. arghhh sudah jangan fikir mengarut saja. untuk lebih sedapkan hati ini, aku kena menunggunya sedar, untuk tanyakan beberapa soalan. bunyi ambulan kedengaran. haiqal dan pekerja aku, kedua-duanya dianggkut ke hospital.

_________________________________________________

"cik boleh daftarkan nama pesakit, dekat kaunter" aku senyum kepada jururawat itu.aku menuju ke kaunter untuk membuat pendaftaran. aku terpaksa membuka beg dompet Haiqal untuk mengambil ic. sewaktu mencari ic, aku ternampak sekeping gambar mirip seperti gambar yang aku dapat dari along. untuk mendapat lebih kepastian. aku membuka gallery di telefon bimbit aku. 'macam mana gambar ni boleh sama' aku masih tak percaya.

aku tunjukkan kedua-dua gambar tersebut kepada jururawat disitu mohon kepastian. jururawat disitu pon. aku tersenyum gembira.akhirnya pencarian aku dan along berjaya. mama mesti happy.

_________________________________________________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience