chapter 5

Other Series 4240

"baby kan sayang dah cakap tunggu love, lagipon makanan yang banyak ni sapa nak habiskan" aku mengangkat bungkusan nasi di depan dia sambil mengoyangkannya, kecik hati aku tau. sampai hati Haiqal buat dia macam ni, dah la tadi dia beratur panjang. sakit hati aku, ni tak boleh jadi ni. hah aku ada idea, apa kata aku share jer dengan dia nasi tu tapi tak nak lah, kot2 la nasi tu ada racun ke apa baik aku makan nasi aku. aikk sebelom tu sapa yang bagi nasi ni dekat dia.

"mana baby dapat nasi ni, sapa yang bagi, suka hati dia jer nak caras aku" soal aku padanya. " tak ada sapa yang bagi, aku suruh office boy yang beli. mana aku tahu kau beli untuk aku skali, otak kau kan senget." suka hati dia jer kutuk aku depan depan. sekarang ni aku tak kira, cepat-cepat aku basuh tangan lalu aku tolak ke tepi nasi yang office boy belikan untuk dia tadi. tak kira aku, janji dia makan nasi yang aku beli tadi. Aku hidangkan makanan yang aku beli tadi. walaupon muka nya kelihatan marah dan cuba menghadamkan apa yang aku cuba lakukan. aku biarkan saja, aku ambil keputusan untuk tidak pedulikannya.

"oiii Ammar nasib kau datang, maybe ni rezeki kau." aku menolak nasi yang office boy belikan kepadanya. makin buat mata si Haiqal ni tanda marah, aku buat derk jer. hhahahaha.

"errr..errr, terima kasih la Sofea bagi aku nasi ni, lagipon aku belum lunch lagi, aku masuk sini pon ada hal sikit dengan Haiqal." Ammar memandang muka Sofea dan Haiqal, mereka ni ada apa2 ke, ishh bingung aku. "bro jom la join kami makan, klau hal keja nanti kita bincang lagipon tak ada la sunyi sangat, asyik dengar suara minah ni jerr yang cakap dari tadi rimas aku, lama kita tak makan berdua kan." kata2 Haiqal cuba memecahkan suasana yang sunyi itu.


"okey" Ammar mengambil tempat di hadapan Sofea, keadaan itu menyebabkan Sofea menjadi tidak selesa. riak muka Sofea serta-merta berubah, Haiqal dapat mengesan perubahan wajah Sofea, kenapa mukanya berubah,hrmmm nanti kita cari jawapannya.


"wei kau nampak daddy tak, aku ada hal sikit nak bincang dengan dia pasal location projek kita tu." soal Ammar. "oooo daddy, dia kluar kot kan sekarang waktu lunch, wei sekarang ni aku tengok kau dah lain" soal Haiqal kembali kepada Ammar.


"aku lain? apa yang lain ke kau nak kata aku dah gemuk sekarang" ingat perempuan saja jaga badan lelaki pon sama laa. mereka berbual-bual berdua solah-solah kehadiran Sofea tidak wujud.
'daddy, means that, diaorang ni adik beradik, klau aku kawin dengan adik dia, jadi Ammar abang ipar aku. bagus jugak, tak ada lerr dia nak kejar aku lagi, hehhehe.'

"hello gais, jangan lupa saya disini, korang sembang tak ingat saya pon, ni kau punya pasal la Ammar, aku baru nak dating berdua dengan Haiqal, kau dah kacau" aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal, aku cuba mencari salah Ammar, asal Ammar gelak, Haiqal tak gelak pon, aku rasa kata2 aku tak lawak pon.


"tadi kau yang pelawa aku maka..."sebelum.sempat kata2 Haiqal habis aku sudah potong kata2 nya. "memang lerr aku pelawa kau, and aku ingat kau ambik nasi tu and blah dari sini, kan baby" aku memandang Haiqal meminta Haiqal backup aku, "err gais aku tak masuk campur and one more thing, masa bila pulak kita dating aku tak rasa pon kita couple. okey korang sambung ler bincang, aku nak solat bye" makin buat mata aku memandang Ammar ni kau punya pasal la, habis rosak plan aku.

aku cuba menghalang Haiqal dari pergi dari situ, aku memegang tangannya, itulah tindakan spontan aku, dia cuba merentap tangannya kembali, tapi aku tidak mahu lepaskannya. "oii lepas laa tangan aku, berdosa tahu tak, lagipon aku nak solat waktu dah nak habis".


" err sorry, klau macam tu jom kita solat sama2, sayang jadi makmum baby" hehehhee, aku tersengih padanya. "ishhh kau ni tak habis2 nak berkepit dengan aku, rimas laa, kalau nak solat,solat jer lah sorang, lagipon kau bukan bini aku and lagi satu tak payah laa nak berbaby-love bagai, geli tahu tak." pedih kata2 Haiqal pada Sofea. nampak sangat Haiqal tidak suka sama dia tapi Sofea tebalkan jugak muka dia demi Haiqal yang dia sayang.


"okey baby tunggu sekejap tau, sayang ambik wuduk then kita solat sekali" lebih baik, aku ambik wuduk cepat2. lagipon waktu lunch dah nak habis. "bro, kau dah solat ke, klau belum kita solat berjemaah tapi kau imam." Ammar menyapa Haiqal. "boleh aja, cepat kau ambik wuduk aku tunggu kat sini" alhamdulilah, abangnya makin baik, kalau dulu diajak sembahyang, pasti ada saja alasan yang ditolaknya.


"errr baby, love dah siap ni jom kita solat, sorry klau buat love tunggu lama" aku tersenyum melihat Haiqal menunggunya, elehhhh, cakap tak nak solat sekali, tapi tunggu aku jugak. Haiqal buat2 tak dengar. please jangan perasan boleh tak masa bila pulak aku tunggu kau, aku tunggu abang aku la. "jom bro aku dah siap, ehh awak pon ada kat sini, jom solat sekali." aku sengih sumbing pada Ammar tak payah la nak tunjuk baik dekat aku, sebab aku dah tak cintakan kau lagi, aku suka adik kau Haiqal. aku mengambil tempat di belakang dan mengangkat takbir untuk sempurnakan ibadatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience