chapter 6

Other Series 4240

Nak balik rumah mama laa, hujung minggu memang macam ni bosan, dah la mia balik kampung, aku sorang jer yang terperuk dekat sini, tup...tup hampir seminggu hidupnya menjadi kelam kebut, "ehhh sebelum tu, apa kata aku kluar shopping dulu, beli baju untuk cik nab, hrmmm rindunya aku dekat cik nab, mama?? rindu ke dia dekat aku. ke aku jer yang rindu dia.

"hello cik nab, ni along, hari ni along balik rumah tau, saja nak jumpa cik nab. petang sikit along balik laa, dalam kol6. okey cik nab along nak shopping dulu sebelum balik." aku menelefon cik nab untuk memaklumkan kepulangan aku.
"okey cik nab tunggu tau, klau macam tu along boleh tolong cik nab beli something tak," ada2 saja cik nab, pantang dengar aku nak pergi shopping pasti dikirimnya sesuatu.


"apa dia cik nab" soal aku. "tolong belikan tart telur yang sedap tu, dah lama cik nab tak makan, sejak along tak tinggal sini. nanti cik nab bayar" sedih pulak aku dengar ayat cik nab. "okey nanti along belikan" aku matikan panggilan takut bil aku melambung pulak. aku mencapai tuala untuk mandi dan bersiap-siap untuk shoppinggg..yeayy

_________________________________________________

"WoW banyaknyaa sale" aku terjerit sedikit, rambang mata wei, habis lahh duit aku macam ni. aku bergerak dari satu kedai ke kedai yang lain. aku berhenti di sebuah kedai yang selalu aku kunjungi, "Ya Allah , ni baju yang aku nak beli dulu, sekarang dah sale" tanpa membuang masa aku mempercepatkan langkah untuk mengambil baju itu. mana taknya, harga asal baju tu, rm200 sekarang sudah tinggal rm100. apa tunggu lagi, aku terus membuat bayaran.

'baju untuk cik nab pon dah ada, seluar, tudung, kasut semua dah ada, hah handbang belum ada lagi' apa salahnya , sekali sekala habiskan duit, reward untuk diri sendiri setelah penat bekerja. lagipon sekarang ni tengah sale. kaki aku berhenti di depan sebuah kedai handbag. mata aku sungguh tertarik dengan rekanyaa. "ehh jap2 macam aku kenal jer mamat tu." aku menghampirinya.

"Ya Allah baby, baby buat apa kat sini, klau ye pon nak stalk sayang, tak payah laa, sayang tak pergi mana pon, ada jer kat sini. lain kali call la dulu." aku teruja melihatnya..mana taknya orang yang kita suka ada di depan mata.

"tolong laa sikit, masa bila aku stalk kau, kau ni memang suka perasan ke.." sebelum sempat Haiqal habiskan kata2 nya ada seseorang menyapa dia.

"sayanggg... Haiqal buat apa kat sini, and ni sapa." soal wanita itu kepada Haiqal. "errr..errr. Haiqal mengaru garu kepalanya, cuba memikirkan ayat yang terbaik.
tanpa sempat Haiqal menjawab, Sofea sudah mencelah, "saya Sofea, kawan Haiqal..errr cik ni siapa yea".soal sofea, wanita didepannya sekarang ni sungguh cantik, terasa diriku kerdil didepannya. aku menyuakan tangan tanda untuk bersalam.

"hahhahahha...maaf saya bukan cik, tapi saya puan, saya Datin Ros, mama kepada Haiqal.." dia menyambut huluran tangan aku, aku mencium tangannya dengan penuh rasa hormat. malunyaa wei, tu mak Haiqal laa, maknanya bakal mak mertua aku laa.

"nasib baik laa aunty ni mama Haiqal, saya ingat girlfriend Haiqal klau tak dah lama Haiqal ni kena tumbuk dengan saya" aku menjerling Haiqal tanda marah cuba laa dia kasi tahu awal sikit yang wanita tu mama dia, tak ada laa aku malu sangat aku cuba senyum kepada datin Ros untuk menutupi kesalahan aku.

"okey laa, aunty nak kesana.." jarinya menunjukkan kearah hadapan kedai yang aku berdiri sekarang. apabila melihat aunty sudah memasuki kedalam kedai, aku memarahi Haiqal.
"ni baby punya pasal la, sayang dah malu pon"marah aku. "alaa tak akan tu pon kau nak malu, sepatutnya kau malu dengan aku, aku dah reject kau, lagipon aku tak suka sotong macam kau ni, mengedik-gedik jerr aku tengok, rimas tau tak, dah laa gemuk mana sesuai dengan aku." sembilan patah aku cakap, berpatah-patah dia balas. amboii ni serangan peluru berpandu.


" Sayang gedik dengan baby jerr, orang lain tak" balas aku. "cop2 sebelum tu, pasal gemuk, baby cakap sayang gemuk, klau sayang kurus baby suka laa dekat sayang, klau macam tu sayang nak kurus laa, mesti baby suka dekat sayangkan, klau sayang dah kurus, cantik kita kawin tau baby janji dengan sayang boleh." aku membuat janji dengan dia padan muka, kan dah terjerut leher sendiri.


"yelaa tu, asal dengan Ammar aku tengok kau macam resah jerr bila dia dekat dengan kau, kau ada masalah ke dengan dia" ambik kau nak cakap sangat, ni ada peluang kau cakap laa padahal dia sudah kehilangan kata2. kawin dengan kau??? tak hingin aku. "tak payah laa baby nak tukar soalan, sayang anggap baby setuju laa, diamkan tanda setuju" kau ingat aku nak sangat diam, satgi klau aku cakap, kau makin sakit hati pulak Sofea, nama saja sedap, tapi perangai, perasan nak mampus.

"sekarang ni sapa yang tukar soalan, kau ke aku" soal aku pada Sofea. cuba untuk menutup gugup di hati,

"errr Haiqal, sorry mama ganggu, lamanya berbual, jom makan mama dah lapar ni, jom Sofea makan sekali" aku pantang dengar makan free laju saja aku mengangguk tanda setuju.
"sayang anggap baby dah setuju dengan janji tu, klau sayang berjaya kurus dan jadi cantik kita kawin tau" bisik aku kepada Haiqal takut pulak klau mamanya dengar. Haiqal macam biasa suka mencebik, habis dah suka tak handsome, 'suka hati kau lerr..aku pasti kau tak akan berjaya, buktinya tadi, mama ajak makan, laju saja dia setuju..aku senyum kerana kemenangan bakal milikku.hhahhahahahha' cakap Haiqal di dalam hati.

"ehhh jap baby, jom teman sayang pergi beli tart telur," aku merengek-rengek mahukan tart telur. "hah Haiqal pergi laa teman si Sofea tu, boleh belikan untuk mama sekali." paksa datin Ros. aku membuat tumbs up kepada aunty sebab sokong aku. thank you aunty. sayang aunty.

"yela...yelaa..." dalam kedaan terpaksa dia menuruti cakap mamanya, takut pulak aku klau dia dicop anak derhaka, aku senyum kemenangan."macam mana laa kau nak kurus, asyik makan jer aku tengok" makin lebar senyuman aku. "hhahahahha, sayang tahu baby tak sabar kan nak kawin dengan sayaang kan baik baby mengaku cepat.". dia mencebik lagi tanda meluat. klau dah suka cakap ler. apa yang susah. Haiqal..Haiqal

"ehh tak laa, sayang beli tart ni untuk, cik nab pembantu rumah sayang, jangan risau laa sayang boleh kurus punya." balas aku. jangan harap aku akan biarkan kau kurus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience