chapter 10

Other Series 4240

" mamaa...mamaaa, along dah sampai ni" jerit aku, mana mama ni tadi suruh aku balik, tapi dia tak muncul pulak. kaki aku melangkah ke bilik mama, mungkin mama dalam bilik. aku mengetuk pintu, tapi tiada bunyi sahutan di dalam. aku memulas tombol pintu, aikk tak kunci pulak

"mama, maammaa," jerit aku, lalu aku pon terus masuk ke dalam. besarnya bilik mama, ini pertama kali aku masuk selepas papa tinggalkan aku. masih ada lagi gambar kami sekeluarga yang tergantung iaitu aku, mama, papa dan adik . aku melihat banyak gambar yang dipamirkan. tapi ini siapa ye..yang mama dukung ni. seingat aku waktu dulu, tiada gambar ni. aku melihat banyak gambar mama dengan budak lelaki ini.

" aikkk Sofea, bila sayang sampai. ni kenapa along masok bilik mama" aku hulurkan tangan tanda mahu bersalam.

"baru jer sampai, along cari mama kat bilik. maaf along masuk tanpa izin" aku tunduk muka. takut pulak aku klau mama marah. sebab mama tak suka orang masuk biliknya tanpa izin.

"ooo, jom kita pergi taman mini. kita sembang dekat sini" aku membontoti langkah mama. aku melihat cik nab sudah pon menghidang makan petang di taman mini itu. perghhh sedapnya karipap ni, mesti mama beli.

" mama beli dekat mana karipap ni, sedap laa mama" aku pulun makan. inilah karipap yang paling sedap dia pernah rasa. "mana ada mama beli, itu mama buat laa cik nab yang tolong mama" hahahha, mama ketawa. tapi betul laa air tangan ibu tidak dapat ditangani kesedapannya.

"hah mama, pasal dato Razak tu kenapa yea" soal aku. "ni Dato Razak tanya bila along boleh start kerja dengan dia" soal mama kembali kepada aku. hrmmm bila yee aku nak start kerja, aku mesti kena bagi notis sebulan sebelum berhenti. hah aku ada idea. " mama, along rasa tahun depan along start kerja dengan dato Razak, sebab sekarang ni along tengah urus project, jadi tak best la pulak suruh orang lain selesaikan" jawab aku, lagipon aku dah start project ni dari awal lagi.

"err, klau macam tu mama ikut jerlah along, nanti mama bagi tau dato yea" jawab mama. aku sambong kembali makan karipap tu. 'ehhh wei bukan aku diet ke..rosak la plan diet aku. ni dah bukan seketul aku makan, tapi berketul-ketul.'

"err mama, tadi along nampak gambar mama dengan seorang budak lagi, siapa ya budak laki tu kenapa along tak pernah nampak" soal aku kepada mama. untuk memecahkan kesunyiannya. riak wajah mama berubah, dari ceria menjadi muram. "kenapa ni mama" aku mendekatinya, dan cuba untuk sentuh mama.

"sebenarnya, budak lelaki itu anak kandung mama, nama dia qal" mama memeluk aku. berat mata yang memandang tapi berat lagi diri yang memikul. mama kelihat sangat sedih, air matanya yang jarang aku nampak sekarang ni sudah melimpah keluar.

"mama rindu dia, qal tu anak mama dengan suami lama mama. dia abang along" abang aku? tak mungkin. terbongkarnya semua rahsia yang mama pendam.

"aku kena tolong mama cari qal." aku kena satu kan kembali keluarga mama. mugkin dari pencarian qal aku boleh jumpa papa kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience