chapter 13

Other Series 4240

"awak dah sedar, tadi awak pengsan" aku menerangkan keadaannya. "mana keluarga saya kirah" jawab Haiqal. "parents awak on the way. nanti mereka sampai" sewaktu Haiqal pengsan, aku menelefon datin. memaklumkan anaknya Haiqal ada di hospital.

"Haiqal, saya nak tanya awak, parents awak yang sekarang ni keluarga kandung awak ke" aku cuba menyusun ayat dengan elok agar tidak tergores hati siapa2. "kenapa awak tanya" Haiqal rasa pelik dengan kelakuan si Kirah ni. "err, sebenarnya ada orang tengah cari awak, tapi saya tak ada maklumay yang lengkap untuk cari orang tu. saya cuma diberi klu tentang orang tu, macam ada kesan torehan dilengan, takut darah. dan ciri2 itu semuanya ada pada awak" aku ceritakan semuanya yang aku tahu.

"err..sebenarnya mereka bukan keluarga sebenar saya. mereka yang menjaga saya selepas ayah saya masuk penjara. saya hidup merempat dan saya cuba jugak cari mama tapi saya tak jumpa. akhirnya saya bertemu dengan keluarga dato. mereka melayan saya dengan baik" jawab Haiqal

dia betul2 terhutang budi dengan keluarga dato. selama ini mereka melayan dia dengan baik dah macam anak sendiri pulak. dia diberi pekerjaan, kereta dan sebagainya. dato tak pernah beza2 kan dia dengan abang2 angkatnya.

"saya boleh bantu awak cari mama awak, tapi dengan syarat kita buat test DNA dulu. sebab saya takut klau tersalah orang" Haiqal setuju dengan cadangan Kirah. sebentar lagi mama dan Haiqal akan ketemu.

_________________________________________________

"along aku nak jumpa kau petang ni, ada berita gembira pasal abang kita." Kirah menghubungi aku. tak sabarnya nak jumpa kirah.

"along, cuba kau bukak surat ni" kirah menghulurkan sepucuk surat kepada aku. kata nak cakap pasal abang tapi kenapa bagi surat ni dekat aku. aku turuti jugak arahan kirah. aku melihat keputusan DNA. dan hasilnyaaa positif.
aku gembira sangat dengan berita ini.

ehh jap Haiqal Hakim. macam aku kenal la nama ni. tiba2 meja aku dihampiri oleh seseorang. aku melihat Kirah melambai-lambaikan tangan memanggil lelaki itu. lelaki itu menghulurkan tangan tanda perkenalannya dengan keluarga yang baru.

"awak, baby macam mna baby ada dekat sini, ke nak stalk sayangg.." Haiqal tersenyum melihat gelagat aku. haihh pelik ni, selama ni mana pernah dia senyum dekat aku, tapi hari ni dia balas senyuman aku.

"along kenal ke, Haiqal ni, klau macam tu bagus laa" kirah senyun menampakkan lesung pipitnya.
"Haiqal ni laa, abang kita along" sambong kirah. aku menggeleng kepala tanda tidak percaya. mana mungkin Haiqal yang aku suka tu sebenarnya abang aku.. arghhh, kenapa boleh jadi macam ni. huluran tangan Haiqal aku tanda sepi.

Haiqal menceritakan semua perkara, apa yang terjadi kepadanya dulu. aku rasa sedih atas apa yang dia lalui. patut la dia tak layan aku, rupannya ada kisah disebalik tu. "Haiqal, awak abang saya" aku bertanya pulak pada Haiqal. meminta pengesahan darinya. aku mengangguk kepalanya.. argghh tak mungkin, ni semua tak mungkin. aku keluar terus dari kafe.

aku menangis sepuas-puasnya. tak mungkin Haiqal..tak..apa nak jadi dengan aku ni, suka dekat abang sendiri. "hello mia kau dekat mana, kita jumpa dekat tasik depan rumah tu" aku menelefon mia. "ohh, ok tapi kau kenap" sebelum sempat mia habiskan ayatnya. panggilan sudah putus.

"Sofea..sofea, kau kenapa ni" aku memeluk mia. aku menangis sepuasnya dibahu mia. "mia, apa yang aku buat ni, aku dah malukan diri sendiri." aku mengadu dekat mia. aku mengetuk-getuk kepala. menyesal atas apa yang aku lakukan. "cuba kau cerita, satu2 dekat aku. apa yang terjadi sebenarnya" pening mia dengan kelakuan aku. "sebenarnya, Haiqal tu qal abang aku" mia ternganga mendengar berita itu.

"biar betul, kau tipu ehh, macam mna kau tahu" tanya mia. dia pon tak percaya apatah aku lagi. "kirah adik aku yang bagi tahu, dia siap tunjuk lagi result DNA" terang aku kepada mia. sedih aku. " dah2 tak payah laa kau nangis, lupakan jerlah pasal Haiqal tu, apa kata kau kawin jer dengan bos senang cerita. bos boleh tolong ubatkan hati kau ni" mia cuba memujuk aku. dia nak suruh aku terima iskandar tu, aka bos aku. tak nak laa aku. tapi dia handsome jugak.

"wei, aku rasa aku nak hantar surat resign la". lagipon aku kan dah janji dengan mama nak kerja dengan anak dato Razak. tapi anak yang mana ye. tak akan Haiqal yang dato maksudkan. arghhh serabut aku.

_________________________________________________

"hello, Sofea awak dekat mana saya nak jumpa awak" aku terima panggilan dari Haiqal. ini pertama kali Haiqal menelefon aku. "aku dekat office ni, nak jumpa kat mana tapi petang la" agak kasar jugak aku jawab. tapi apa nak buat. aku masih tak boleh terima berita ini.

"klau sekarang boleh tak, saya ada hal penting nak jumpa awak. nanti saya ambik awak kat office" Haiqal meminta persetujuan aku. "okey" aku malas nak bergaduh dengan Haiqal.

_________________________________________________

"bos, saya nak bagi surat resign" sebelum sempat aku habiskan ayat. aku nampak Haiqal berada dalam bilik iskandar bos aku. aku nampak mereka sangat mesra. apa hubungan mereka. "kenapa awak nak berhenti kerja" soal is. aku diam tak mampu berkata2 hati aku sungguh sakit, melihat muka haiqal.

"errr...awak buat apa dekat sini Haiqal" tanya aku. meluat pulak dengan perangai dia. tak payah laa nak jumpa bos. aku pon boleh bagitau sendiri. "wei, aku nak bawak keluar sekejap pekerja kau ni" Haiqal meminta izin dari is.

"ada apa kau nak jumpa aku" tanya aku sebaik sahaja kami sampai di kafe. teringat pulak aku, dulu aku selalu membeli makanan untuk Haiqal disini. tempat ni jugak banyak kenangan aku bersamanya. arghhh tak mungkin, ni mesti ada silap dekat mana2. "Sofea, saya nak minta maaf dekat awak, saya tak tahu yang awak adik saya." Haiqal memohon maaf dari aku. dia ceritakan macam mna dia boleh berjumpa dengan kirah. selama ini dia dengan kirah agak rapat. tapi dia tak pernah terfikir yang adiknya2 ada didepan mata.

"aku cuba faham kau. dan aku terima kau sebagai abang aku, tapi dengan syarat. kita sekeluarga pergi bercuti bersama-sama" aku cuba untuk terima Haiqal demi mama. aku mahukan keluarga yang bahagia seperti dulu. walaupon papa sudah tiada. Haiqal setuju dengan syarat aku.

_________________________________________________

"Sofea, kenapa awak nak berhenti. klau pasal lamaran tu saya minta maaf ok." pujuk bos. dia macam tak nak lepaskan aku jer. mesti rindu dekat kopi aku la tu. aku tersenyum. " bukan pasal tu la bos, saya sudah janji dengan mama untuk bekerja dengan kawannya. klau pasal lamaran tu, saya setuju jer" ujar aku malu2 gitu. lagipon aku dah fikir masak2 untuk terima iskandar.

"err, klau macam tu, awak tak payah kerja laa. saya mampu je tanggu awak. nanti saya suruh parents saya masuk meming awak yea" wajah dia kelihatan gembira dengan keputusan aku. dia terlalu teruja, sampai terpeluk aku.

"bos, saya nakkk.." terkejut aku apabila ada orang merempuh masuk bilik bos. aku cuba melepaskan pelukannya. malu wei, apa orang akan cakap pasal dia. "err..bos saya keluar dulu la" berdegup laju hati aku. baik aku keluar. nanti timbul salah faham pulak. aku tersenyumm..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience